Home Filem Indonesia/Melayu Drama Melayu Viu Original From Saga With Love 2 Kembali Menghangatkan Skrin Anda

Viu Original From Saga With Love 2 Kembali Menghangatkan Skrin Anda

0
Masih ingat jalan cerita From Saga with Love, drama komedi romantik Viu Original yang ditayangkan pada 2023?

Selepas mendapat sambutan yang baik pada musim pertama, peminat “From Saga with Love” akan dapat melihat kemunculan semula Siti Khadijah, Ikmal Amry, Sophia Albarakbah dan Fimie Don dalam musim kedua drama bersiri ini yang ditayangkan di Viu pada 17 Oktober 2024.

Menariknya lagi, Hun Haqeem turut tampil dalam “From Saga with Love 2” ini! Selain Hun Haqeem, Vanida Imran, Tony Eusoff dan ramai lagi juga akan turut sama membintangi siri ini.

From saga with love 2

Sama seperti musim pertama, drama siri ini masih dibawah arahan Umir Salwan Omar dan diterbitkan oleh syarikat produksi Red Communications.

Musim ini, kisah cinta antara Karma (Siti Khadijah) dan Sham (Ikmal Amry) akan diuji dengan pelbagai dugaan yang pasti mendebarkan. Bersama mereka, Bianca (Sophia Albarakbah) dan Bob (Fimie Don) akan meneruskan pengembaraan ke Saga, Jepun.

IMG 7296 IMG 7297

Pada permulaan musim kedua ini, penonton akan dapat melihat hubungan Karma dan Sham yang semakin hangat di Malaysia. Tetapi keadaan mungkin akan berubah lagi, apabila Sham menerima panggilan dari Cikgu Akiro dan perlu kembali ke Saga semula.

Kedai yang diusahakan Karma dan Sham pula terbakar akibat kecuaian Karma sendiri. Semakin huru hara jadinya!

IMG 7295 scaled

Kehadiran watak baru, Hadri, yang dilakonkan oleh Hun Haqeem juga akan menambah lagi rencah dalam kisah cinta Karma. Adakah hubungan Karma dan Sham bakal tergugat dengan kehadiran Hadri?

Pasti korang ternanti-nantikan apakah kesudahan kisah cinta dan persahabatan di antara kesemua watak kan?

Jadi, pastikan korang tidak ketinggalan untuk menonton episod terbaru “From Saga with Love 2” setiap Khamis.

Korang juga boleh binge-watch semula kesemua 10 episod From Saga With Love musim pertama di Viu sekarang!
Langgan Viu Premium juga untuk menonton pelbagai drama tanpa sebarang gangguan iklan.
Penonton juga berpeluang bertemu dengan para pelakon FSWL2 pada 19 dan 20 November ini bersempena dengan From Saga With Love 2 Mall Tour bertempat di AEON Mall, Shah Alam bermula jam 3 hingga 5 petang. Menangi pelbagai hadiah esklusif serta berpeluang bergambar dengan para pelakon. Untuk info lanjut ikuti Facebook, Instagram, YouTube, Twitter, dan TikTok.
Baca lagi: 6 Sebab Mengapa Kena Layan Rancangan Variasi Korea Fresh Off The Sea
Baca juga: Hwang In Yeop Membuat Kemunculan Semula dalam Family by Choice, Adaptasi Drama Popular Cina
Baca lagi: From Saga With Love, Drama Romantik Komedi of The Year

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here