Pada 11 Mei, Seolhyun telah ‘repost’ satu artikel dari Nate Pann di Instagram Storynya. Dan post tersebut bertajuk ‘Apa yang berlaku kepada Selohyun’ dan mengandungi gambar Seolhyun yang dikatakan ‘pelik’ oleh netizen.
Gambar-gambar itu sebenarnya merupakan Seolhyun yang memegang watak Do Ah Hee dalam drama tvN ‘The Killer’s Shopping List,’ yang sedang ditayangkan.
Seolhyun tidak berkecil hati malah telah membalas kiriman itu dengan berkata, “Jika anda tertanya-tanya bagaimana ini berlaku…! Tontonlah ‘The Killer’s Shopping List’ malam ini pada pukul 10:30!”
Daripada berkecil hati, dia dengan bijak menjadikannya sebagai salah satu peluang untuk mempromosikan dramanya. Sementara itu, netizen telah berkumpul untuk membincangkan bagaimana imej Seolhyun berubah.
Rata-rata netizen memuji perubahan imej Seolhyun untuk drama itu kerana dia tidak segan-segan menjatuhkan imej idolanya yang glamor, sebaliknya fokus sepenuhnya kepada watak drama tersebut.
Selepas perkara itu berlaku, Seolhyun mendapat lebih banyak perhatian dan kasih sayang kerana responsnya yang wajar terhadap siaran komuniti dalam talian itu.
Netizen mengulas, “Saya suka Seolhyun,” “Drama ini sangat kelakar,” “Saya suka drama ini,” “Seolhyun cantik dan dia berlakon dengan sangat baik dalam ‘The Killer’s Shopping List,” “Dia berlakon dengan sangat baik di sini,” dan “Dia comel.”
Artikel Berkaitan: 5 K-Drama Terbaru Paling ‘Hot’ Di Viu, Wajib Tonton Semasa Cuti Raya
Sementara itu, ‘The Killer’s Shopping List,’ yang dibintangi oleh Lee Kwang Soo dan Seolhyun, ialah sebuah drama penyiasatan yang kelakar dan mereka mencuba untuk menyelesaikan kes pembunuhan misteri yang berlaku di kejiranan mereka.
Sumber: [1]