Home Artis Korea Wajahnya Sering Muncul dalam Filem Korea, Ini 6 Filem Jenayah Lakonan Kang...

Wajahnya Sering Muncul dalam Filem Korea, Ini 6 Filem Jenayah Lakonan Kang Dong Won

0

Kang Dong Won dikenali sebagai salah seorang pelakon chungmuro di Korea Selatan kerana sering membintangi filem berbanding drama.

Mengorak langkah dalam bidang lakonan sejak tahun 2003, Kang Dong Won kini telah berjaya menjadi pelakon kelas A Korea Selatan. Setiap tahun, pelakon ini akan membintangi filem-filem terbaik dan meraih pelbagai anugerah.

Pelbagai genre filem dibawa olehnya, bermula dari genre drama, seram, aksi, dan juga jenayah. Jika anda adalah peminat filem jenayah, beberapa buah filem jenayah menarik lakonan Kang Dong Won ini perlu anda masukkan ke dalam senarai tontonan anda.

 

1. Broker (2022)

Kang Dong WonFilem Broker merupakan karya pengarah Hirokazu Koreeda yang mengangkat tentang jual beli kanak-kanak di rumah anak yatim. Pada suatu hari seorang ibu muda bernama So Young menyerahkan bayi lelakinya ke tangan seorang broker. Ibu muda tersebut rasa gementar dan berusaha mendapatkan bayinya kembali. Akhirnya dua orang broker lain melibatkan So Young untuk mencari ibu bapa untuk bayi ini.

 

2. Voice of a Murderer (2007)

193099d6 8c98 4c87 8748 742f4a5718daDiangkat dari kisah benar, Voice of a Murderer mengisahkan tentang pembaca berita terkenal yang menghadapi situasi getir dalam hidupnya apabila anaknya diculik dan dilarikan.

Pada suatu hari Han Kyung Bae (Sol Kyung Gu) seorang pembaca berita terkenal hilang satu-satunya anak lelaki kesayangannya. Anaknya diculik oleh penculik misteri (Kang Dong Won). Penculik tersebut meminta Oh Ji Sun untuk membayar wang tebusan sebanyak $100.000. Polis menugaskan detektif veteran Kim Wook Jung untuk menangani kes tersebut, tetapi penculik terus mempermainkan pihak polis.

Voice of a Murderer adalah filem psikopat Korea berdasarkan kisah benar yang berlaku pada tahun 1991, dimana anak seorang pembaca berita terkenal diculik tanpa jejak. Penculik meminta wang tebusan yang perlu diserahkan oleh Kyung Bae dan isterinya, sambil polis berusaha menyelamatkan anak mereka. Filem ini berjaya menjemput rasa takut dan ketegangan semasa menonton.

 

3. A Violent Prosecutor (2016)

29aedd0e 7c77 47bb 8bd3 3b2e012428f1

Filem A Violent Prosecutor mengisahkan tentang Byun Jae Wook (Hwang Jung Min), pendakwa raya yang bertugas dalam kes jenayah berat. Dia benci segala perkara tentang penjenayah. Kebencian itu membuatnya sering bersikap kasar dan mengabaikan hak asasi manusia, terutamanya dalam proses soal siasat.

Pada hari, dia menangani sebuah kes dan bertugas menyoal siasat suspek yang tidak memberikan kerjasama. Jae Wook hilang kesabaran dan memukul suspek tersebut. Malangnya, suspek itu meninggal dunia dan Jae Wook dituduh telah membunuhnya. Atas tuduhan tersebut, Jae Wook menerima hukuman penjara 15 tahun.

Semasa berada di penjara, Jae Wook bertemu dengan Han Chi Won (Kang Dong Won), seorang banduan kes penipuan. Selama meringkuk dalam penjara, Jae Wook mengetahui ada pihak yang sengaja memerangkapnya. Dia kemudian membuat rancangan balas dendam dengan meminta bantuan Han Chi Won.

Baca lagi: 9 Filem Jenayah Thriller Korea Bawa Kisah Gangster, Popular dan Diminati Ramai

4. Master (2016)

6d30993d 3ead 4a73 b668 efa9ee82846aMaster adalah filem aksi jenayah yang mengikuti kisah kapten pasukan detektif polis, Kim Jae Myung (Kang Dong Won). Dia merasakan ada penipuan tersembunyi dari One Network. One Network sendiri merupakan syarikat multilevel marketing yang berjaya yang dipimpin oleh Jin Hyun Pil (Lee Byung Hun).

One Network memiliki jaringan yang luas, mencakupi seluruh wilayah di Korea Selatan. Jin Hyun Pil merupakan sosok yang kejam dan licik. Untuk menangkap dan membongkar kejahatannya tentu bukanlah perkara yang mudah.

 

5. Golden Slumber (2018)

9e9db62c 7e36 4e27 b7d3 ad50d3654e9bGolden Slumber mengikuti kisah Kim Gun Woo (Kang Dong Won), seorang penghantar barang atau kurier yang baik hati dan senang menolong orang lain. Gun Woo diberi anugerah sebagai rakyat contoh dari kerajaan kerana perbuatan baiknya. Dia menyelamatkan seorang wanita dari penculikan dan aksi tersebut tanpa sengaja terakam oleh kamera CCTV.

Kejadian ini kemudian membuatnya terkenal dan mendapat anugerah. Gun Woo diajak bertemu kawan lamanya, Moo Yeol (Yoon Kye Sang). Di tempat mereka bertemu, tiba-tiba berlaku sebuah letupan yang dahsyat yang mengorbankan seorang ahli politik penting. Moo Yeol kemudian mendedahkan kepada Gun Woo bahwa pakej yang dikirimkan pada hari itu mengandungi sebuah bom.

Selepas peristiwa ini, Gun Woo menjadi suspek utama. Tidak berdiam diri, dia berjuang dengan sekuat tenaga membela dirinya sendiri walau dia berdepan dengan sekumpulan ejen kerajaan yang sudah memerangkapnya.

 

6. The Plot (2024)

2f3d6a1d d166 4f7d a6f6 ef35d0cb9235Filem terbaru lakonan Kang Dong Won yang juga membawa genre jenayah. Bertajuk The Plot, filem ini mengikuti kisah Young Il (Kang Dong Won), sosok pembunuh upahan yang hebat dalam mengelabui kes pembunuhan sebagai kematian kerana insiden kemalangan. Dia pandai merancang insiden kemalangan tersebut dengan sangat terperinci hingga tidak meninggalkan sebarang jejak.

Young Il juga pandai mengawal emosinya sehingga tidak pernah hilang ketenangannya dalam berbagai-bagai situasi dan keadaan. Tapi pada suatu hari, Young Il terlibat dalam insiden misteri yang tidak pernah dijangka. Insiden tersebut membuatkan Young Il mencurigai orang-orang di sekelilingnya.

Dari senarai filem-filem jenayah di atas, kelihatan bahawa watak yang dibawakan oleh Kang Dong Won adalah sangat pelbagai. Bukan hanya membawa watak protagonis, kadang kala pelakon yang dilahirkan pada tahun 1981 ini juga membawa watak antagonis dalam filem-filem lakonannya.

Baca lagi: 5 Filem Dokumentari Korea dari Kisah Benar, Pendedahan Sisi Gelap Negara Ginseng
Baca juga: Suka Kisah Bomoh Dan Exorcism Seperti Filem Box Office Exhuma? Tonton Dr. Cheon and The Lost Talisman Ini Di Viu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here