Home Kdrama/Kmovie Movie Wajib Layan 2 Filem Korea Box Office Ini, Berdasarkan Kisah Sebenar Rampasan...

Wajib Layan 2 Filem Korea Box Office Ini, Berdasarkan Kisah Sebenar Rampasan Kuasa di Korea

0

Filem Korea berdasarkan peristiwa sebenar adalah antara filem yang sangat diminati bagi penggemar kmovie. Ini adalah kerana filem-filem ini menampilkan pelbagai peristiwa yang jauh sekali dari kesan romantis yang kerap ditemukan dalam filem Korea.

Filem Korea berdasarkan peristiwa sebenar hadir untuk mendokumentasikan pelbagai peristiwa yang pernah terjadi di Korea, baik secara politik ataupun kehidupan sehari-hari yang melibatkan perilaku jenayah dan kejahatan.

Selain itu, ia juga menampilkan pelbagai latar dan plot sehingga semakin membuat kisah-kisah tersebut lebih beragam dan menarik untuk ditonton. Semua unsur berkaitan perincian seperti dialog, arah filem diolah dengan begitu baik sekali supaya dibuat tidak menyimpang dari sejarah yang asal.

Berikut 2 filem Korea yang diangkat dari peristiwa sebenar yang wajib menjadi tontonan anda!

Noryang: Deadly Sea (2023), Kisah Pertempuran Lagenda Joseon

Filem korea

Noryang: Deadly Sea adalah filem terakhir dari trilogi Yi Sun Shin karya pengarah Kim Han Min. Sebelum ini, siri pertama dan kedua telah ditayangkan pada tahun 2014 dan 2022, iaitu The Admiral: Roaring Currents dan Hansan: Rising Dragon.

Noryang: Deadly Sea menceritakan tentang pertempuran lagenda Joseon yang diketuai oleh laksamana terkenal Joseon, Yi Sun Shin bersama Ming melawan Jepun di Selat Noryang. Pertempuran ini merupakan pertempuran yang terakhir sejak Jepun menduduki Joseon dari tahun 1592 hingga 1598.

Filem box office ini mengisahkan tentang pertempuran di Selat Noryang, di mana 3 armada yang kuat, tentera laut Dinasti Ming yang bersekutu dengan armada Laksamana Yi bertempur dengan armada Jepun. Pertempuran itu berlaku pada tahun 1598, ketika Perang Imjin selama tujuh tahun hampir berakhir dan penceroboh Wae sedang bersiap sedia untuk berundur dari Joseon.

Untuk menamatkan perang dan menghalang Jepun daripada kembali ke Joseon, Laksamana Yi mengetuai armada kapal Joseon dan Ming bersekutu untuk memusnahkan armada Jepun.

Apa yang paling mengagumkan ialah kesan visual. Para penonton akan disajikan dengan pemandangan menakjubkan dan mendebarkan dari penampilan armada Jepun, Dinasti Ming dan Laksamana Yi Sun Shin. Beribu-ribu kapal perang yang mengandungi ribuan askar yang diperintahkan oleh komander tentera dan laksamana kelihatan sangat nyata kerana ia disokong oleh kesan visual yang memukau, sehingga ia berjaya meningkatkan emosi dan ketegangan dalam setiap babak.

Dengan elemen sinematik dan jalan cerita yang menakjubkan, Noryang: Deadly Sea ialah filem bertemakan perang dari Korea yang anda tidak harus ketinggalan!

Filem ini tersedia untuk distrim di Viu ya!

 

12.12: The Day (2023), Rampasan Kuasa Tentera 1979 di Korea Selatan

IMG 7656 scaled

Berdasarkan peristiwa rampasan kuasa tentera yang berlaku pada 12 Disember 1979, filem Korea penuh epik ini memperincikan peristiwa apokaliptik yang menyusuli pembunuhan Presiden Park Chung Hee pada Oktober 1979.

“12.12: The Day” berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem Korea yang paling berjaya pada tayangannya 2023 lalu. Hanya dalam masa 2 bulan selepas tayangannya, “12.12: The Day” berjaya mencapai kejayaan dengan melepasi 13 juta penonton. Pencapaian ini menjadikan filem ini filem Korea pertama sejak 2019 yang mencapai jumlah penonton yang begitu ramai. Sehingga Julai 2024, 12.12: The Day ialah filem keempat dengan kutipan tertinggi dan filem keenam paling banyak ditonton dalam sejarah filem Korea Selatan.

Ditulis dan diarahkan oleh Kim Sung Su, yang sebelum ini terkenal dengan filem Korea Asura: The City of Madness (2016), sebuah filem terbitan Hive Media Corp. Filem Korea ini dibintangi oleh ramai bintang Korea yang terkenal, seperti Hwang Jung Min, Jung Woo Sung, Kim Sung Kyun, Park Hae Joon, Jung Hae In, Lee Sung Min dan ramai lagi. Kehadiran mereka dalam filem ini menjadi tarikan istimewa buat peminat mereka.

“12.12: The Day” menyajikan kisah sejarah yang memberi inspirasi dan menggerakkan emosi penonton. Dengan jalan cerita yang menarik dan watak yang memukau, filem ini berjaya menarik perhatian jutaan penonton.

Filem ini mengisahkan rampasan kuasa tentera yang dilancarkan oleh Komander Keselamatan Pertahanan Chun Doo Gwang (Hwang Jung Min) dan rakan sejenayahnya selepas tragedi pembunuhan Presiden Park pada Disember 1979. Keadaan ini menjadi asas kepada peristiwa dramatik yang digambarkan dalam filem 12.12 The Day.

Rampasan kuasa yang dilakukan secara rahsia, akhirnya ditemui dan cuba dihentikan oleh Komander Pertahanan di Ibu Kota Garrison Command Lee Tae Sin (Jung Woo Sung), seorang askar jujur yang menjunjung peraturan bahawa tentera tidak boleh mengambil tindakan politik.

Dalam jangka masa kritikal selama 9 jam pada 12 Disember 1979, Chun Doo Gwang, mengetuai “Pemberontakan Tentera 12.12” tanpa kebenaran presiden, memaksa Lee Tae Shin untuk menentang campur tangan tentera yang bertindak sewenang-wenangnya ini.

Dipendekkan cerita, konflik antara kedua-dua pihak semakin panas dan tiba-tiba menjadi situasi yang serius kerana pemimpin tentera berpecah belah dan bertelagah antara satu sama lain dengan pasukan tentera di bawah mereka. Ia diburukkan lagi dengan kekosongan pemimpin tentera dan kehilangan Menteri Pertahanan.

Filem ini sangat berjaya membuat penonton tenggelam dalam suasana tegang adegan penculikan pegawai awam, jeneral, menteri, dan campur tangan tentera terhadap keputusan presiden. Betapa gambaran sistem birokrasi ketenteraan dan kehidupan askar yang bergantung kepada arahan orang atasan.

12.12: The Day akan tersedia untuk penstriman pada 31 Ogos 2024 ini, pastikan anda tonton hanya di Viu ya!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai filem Korea tanpa sebarang gangguan iklan!

Baca lagi: Peminat Thriller Misteri Harus Tonton Kdrama Perfect Family, Kisah Keluarga Yang Menyimpan Rahsia Gelap
Baca juga: Shaman: Whispers from the Dead, Siri Dokumentari Korea Tentang Misteri Penyiasatan Dukun dan Hantu