Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok mstarmalaysia, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang influencer yang tular baru-baru ini dengan kisahnya, di mana suaminya telah melakukan perjanjian bercerai talak tiga jika beliau curang ‘lagi’ selepas diberi peluang oleh isterinya. Wanita ini dikenali sebagai Hajar Hanif, yang sedang ditemu bual oleh wartawan mengenai keadaannya terkini. Dikatakan suaminya itu tidak mengaku bersalah walaupun sudah mempunyai kesemua bukti dan menunjukkan kepadanya.
Namun begitu, kisah influencer ini juga telah tular serta menarik perhatian ramai.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan apabila mendengar respon daripada Hajar membuatkan para penonton luluh hati melihatnya dalam keadaan menahan sebak berkongsi ceritanya ketika ditemu bual. Ada juga yang memberi kecaman terhadap tindakan suaminya itu, yang tidak menghargai isterinya dari dahulu hingga kini masih bertahan dengan sikapnya.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1.3M penonton, 70.4K sukaan dan 853 komen.
Lihat klip durasi pendek perkongsian Hajar Hanif mengenai tindakan suaminya:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Fth08: hajar ni pramugari kot educated and strong women. mmg zalim suami die aniaya die. mmg sgt2 terluka tu.
@Cik Peanut: bagus hajar bertegas dan hormati hukum hakam Allah. stay strong..kesian wanita
@CikEffa: ada baiknya hajar settle sendiri tanpa am….saya simpati pada hajar tapi bila ada si am jadi haihhhh…
@April Luna: Masalahnya dh viral mcm ni.. Bagaimana nasib anak dia yg dia waswas statusnya tu..
@Chagiyaa: tersusun kata2 dia..softskill dia, semoga dipermudahkn segala urusan kluarga ni
@KakYuni: hajar just risau status anak2 die. sbbtu die nak tau sgt bile laki die start langgar taklik tu.
@your.bae: Kesiannya , why la sstgh suami layan isteri mcm ni
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram