Home Travel Wanita Asing Datang Ke Korea Untuk Cari Cinta, Tapi Realiti Tak Seindah...

Wanita Asing Datang Ke Korea Untuk Cari Cinta, Tapi Realiti Tak Seindah K-Drama

0

Kebelakangan ini, K-drama sudah menjadi mainstream. Hal ini boleh dilihat menerusi sambutan ramai terhadap drama-drama seperti Squid Game, Business Proposal dan All of Us Are Dead (sekadar menyebut beberapa nama).

Platform penstriman global seperti Netflix tidak hanya mengedar K-Drama untuk pelanggannya malah mereka bikin konten Korea sendiri.

1 10

Populariti K-Drama seiring dengan populariti produk budaya Korea Selatan lain seperti muzik K-Pop, kosmetik, makanan dan fesyen. Fenomena ini dikenali sebagai Hallyu atau Gelombang Korea.

Pelancongan Hallyu

Dipacu minat terhadap budaya pop Korea, lebih ramai pelancong membanjiri negara Kimchi itu.

Penduduk Korea menggelar pelawat ini sebagai ‘Pelancong Hallyu’. Ramai di antara mereka berkunjung ke tempat-tempat penggambaran, mencuba makanan yang dilihat dalam K-Drama atau menonton persembahan K-pop secara langsung.

2 9

Namun ada satu golongan yang menarik perhatian iaitu pengembara atau pelancong wanita dari serata dunia seperti Amerika dan Eropah yang datang ke Korea Selatan bagi mencari cinta.

Tertarik dengan apa yang dilihat di kaca TV, mereka menyangka lelaki Korea sebiji macam dalam watak K-Drama.

3 8

Kenapa Cari Lelaki Korea

Mengikut cerita seorang penyelidik yang dikenali sebagai Min Joo, tidak seperti pelancong lain yang meneroka pelbagai tempat, wanita yang cari cinta ini hanya tidur atau menonton K-drama sepanjang hari. Menjelma malam, mereka akan melawa dan bersolek untuk ke kelab malam dengan satu misi: mengurat lelaki Korea.

Hal ini bagi memenuhi fantasi mereka dan berasa seperti hidup dalam K-Drama apabila jumpa lelaki Korea.

Lelaki Korea ideal pada mereka adalah romantik, penyayang dan kacak bergaya, dikatakan kontra dengan lelaki di negara asal yang agresif dan kasar.

Ekspektasi VS Realiti

Sesetengah pelancong ini memang ada yang jumpa pasangan idaman mereka, berkahwin dan menetap di Korea. Foto dan cerita mereka viral dan memberi harapan kepada orang lain yang mereka juga untuk cari dan mengahwini lelaki Korea.

Namun tidak ramai yang berjaya dan kebanyakannya meninggalkan negara kimchi itu berserta pakej rasa kecewa: ternyata lelaki Korea bukanlah sama seperti aktor dalam drama TV.

Ada yang tidak bertahan lama kerana hubungan jarak jauh atau hati disakiti. Namun ada juga yang tidak serik dan tetap percaya bahawa mereka akan temui lelaki perfect bila kunjungi Korea lagi suatu hari nanti…

5 5

Begitulah bagaimana hiburan dan media dari negara lain boleh mempengaruhi audiens untuk travel, mencuba makanan eksotik, belajar bahasa dan budaya baru malah memenuhi fantasi cinta yang tidak selalunya bernoktah happy ending.