Home Video Wanita Bengang Beg Limited Edition Di’Cop’ Dahulu Sebelum Kedai Dibuka, Sekali Responnya...

Wanita Bengang Beg Limited Edition Di’Cop’ Dahulu Sebelum Kedai Dibuka, Sekali Responnya Buat Ramai Yang Setuju

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok dearfarhana, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan produk terkenal yang ditular baru-baru ini, iaitu Christy Ng telah menjual beg ‘limited edition’ di sebuah kafe yang dikenali ramai. Wanita ini mengatakan beg tersebut hanya dijual 2 buah beg sahaja untuk setiap outlet, tetapi apabila memasuki kafe itu diberitahu oleh pekerja di sana bahawa produk yang dilancarkan telah di ‘booking’ terdahulu.

Oleh itu, kesemua pelanggan yang ingin membeli beg ‘limited edition’ itu tidak kesampaian kerana stok yang disediakan terlalu sedikit. Selain itu, wanita ini juga tidak berpuas hati di mana beliau mendapat tahu bahawa ada segelintir ‘personal shopper’ membeli lebih daripada 2 buah beg sepertimana pihak tersebut memberitahu sebelum ini.

Screenshot 2023 07 20 132216
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai luahan daripada wanita ini, apa yang dikatakan oleh beliau sememangnya betul dan ramai juga yang menghadapi perkara yang sama. Ada juga yang meminta pihak mereka mengambil berat tentang isu ini, serta beberapa kecaman juga telah dilemparkan kepada pihak berkenaan.

Perkongsian video klip di Tiktok ini juga telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 290.3K penonton, 17.4K sukaan dan 486 komen.

Baca lagi: 7 Minuman Yang Anda Boleh Jumpa Di Starbucks Korea Selatan

Baca lagi: Marah Orang Beli Barang Banyak Di Kaunter, Apek Ini Jadi Tumpuan

Lihat klip durasi pendek luahan wanita ini mengenai beg ‘limited edition’ keluaran Christy Ng:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @daebakingcosmetics

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Iman Rashid: pelikk kannn, yer tahuu laa limited, juall laa bnyakk sikit, taknakk kee untung membukit, haishhh itu belum ps datang sebat semua lagi

@K: Setuju!!! I suggest jual website exclusive with limited purchase. Fair chance to all.

@zulaikha najman: setujuuuu, 2pcs per outlet macam utk apa ehh , utk jdi display ke apa

@aininsofiya: entah2 org dalam je sis kat sb tu jual kat ps2, selalunya gitulah

@nureen189: Ye.,i pernah kene.i Q kedai belum bukak.bila nk beli staf ckp PS dh booking.eh i ckp mane boleh mcmnie.i Q.lpstu staf ckp maaf PS dh bayar.

@zyraa: store manager i tak bagi reserved even untuk partner sendiri nak kena beli on the spot jugak

@Sapikah: Yee betul,prnah someone yg keja sbucks, dia bgthu brg2 limited gitu mmng dorg simpan siap bg kt ps yg dh booking je, mna jual kt cust yg walk in

@Mr Kuad Kin Chin: perasaan nak beli tu ada, tapi baki account tak mencukupi hanya luahan hati seorang barista

@Zuyaaa: I AGREE !!!!! I nak beli backpack from staff yang jadi ps jugak but jual dengan harga double up ye. Dia ingat aku ni tak ambil subjek bisnes agaknya

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram