Setiap kali tiba hari Isnin, pasti ramai pekerja yang berhadapan dengan ‘Mondau Blues’, berasa malas untuk ke tempat kerja selepas dua hari bercuti di hujung minggu.
Pelbagai alasan diberikan pekerja untuk tidak hadir bekerja pada hari Isnin, sama ada alasan itu logik dan benar ataupun sengaja dibuat-buat.
Wanita yang bernama Celine Thorley merupakan seorang pendandan rambut dari London didapati sering memberikan alasan senggugut yang membolehkan dirinya mengambil cuti sakit khasnya pada hari Isnin. Akibat itu, majikannya telah memecat wanita tersebut. Disebabkan itu, Celine membawa perkara itu kepada pengadilan untuk mendapat keadilan.
Baca lagi: Ini Cara Dapatkan Semula Sijil Kelulusan Jika Hilang Ataupun Rosak, Ikuti Langkah-Langkah Ini
Baca lagi: 5 Filem Seram Psikologikal Terbaik Sepanjang Zaman
(Gambar hiasan)
Lihat juga video dibawah:
Mahkamah yang bersidang kemudian mendapati majikannya bernama Christian Donnely, gagal mengikuti proses pemecatan yang telus dan alasan yang diberikan Celine itu adalah kukuh, lalu majikannya diperintah untuk membayar pampasan sebanyak 3,453 pound Sterling (kira-kira RM18,406) kepada Celine.
Konflik antara Celine dan majikannya tercetus selepas kedai bernama Acute Barbers di Cardiff University Students Union memberi amaran kepada Celine ketika hujung syif, pada satu Jumaat, supaya jangan hampakannya dengan tidak datang bekerja pada Isnin.
Namun pada Isnin, Celine menghantar mesej kepada majikannya mengatakan dia tidak dapat datang bekerja kerana sakit. Majikannya kemudian memecatnya kerana mengambil banyak cuti sakit berbanding dengan rakan sekerjanya yang lain pada tahun pertama bekerja.
Menurut majikan Celine, sebanyak 17 kali Isnin dan Selasa beliau tidak hadir bekerja. Celine juga memberitahu mahkamah yang dia menghidap endometriosis iaitu satu keadaan yang menyebabkan sakit pada pelvis, yang mana dia tidak boleh bergerak. Meskipun begitu, penyakitnya itu masih belum disahkan oleh pakar sakit puan.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang