Mesin ATM telan sampai RM4,950 tanpa resit ketika deposit wang, wanita ini buat laporan polis.
Antara risiko kalau kita ‘cucuk’ duit di mesin ATM ni adalah risiko kad ‘ditelan’ atau mesin tiba-tiba tergendala ketika proses deposit atau mengeluarkan duit. Satu kejadian berlaku di Miri, Serawak apabila duit yang ditelan itu bukanlah satu amaun yang sedikit, tetapi berjumlah RM4,950. Dikatakan duit ditelan masa nak deposit, tapi tak dapat resit.
Wanita ini dikenali sebagai Leong, di mana beliau ingin deposit wang berjumlah RM9,900 pada 12 Jun sekirat jam 1.10pm di sebauh pusat membeli belah. Transaksi itu dibuat untuk tolong suaminya depositkan wang itu ke dalam akaun syarikat.
Memandangkan ia satu jumlah yang besar, dia buat 2 kali transaksi, RM4,950 untuk setiap deposit. Walaupun dia berjaya memasukkan separuh masa transaksi pertama, mesin itu tidak berfungsi apabila dia cuba mendepositkan separuh lagi pada transaksi kedua, dia tidak mengetahui sama ada transaksinya berjaya atau tidak kerana duit sudah ‘ditelan’.
Ini kerana dia tidak mendapat sebarang resit untuk memberikan notis bahawa transaksinya itu telah gagal.
Insiden itu berlaku pada hari ahad, dan tiada pihak bank yang bertugas pada hari tersebut. Leong kemudiannya memaklumkan hal ini kepada suaminya selepas 15 minit dan mereka segera menghubungi talian khidmat pelanggan bank tersebut.
Ketika dalam talian, pihak bank mengambil maklum mengenai hal ini dan menyatakan mereka akan mengambil masa 5 ke 7 hari bekerja untuk membuat siasatan.
Selepas seminggu, suami Leong menghubungi pihak bank untuk mendapatkan perkembangan namun mereka maklumkan bahawa mereka tidak dapat mendedahkan sebarang butiran dan hanya pemegang akaun yang berhak mengetahui ke mana dana itu pergi.
Ketika dimaklumkan kepada pemegang akaun, individu tersebut menyatakan bahawa dia memang hanya menerima RM4,950. Disebabkan itu, Leong dan suami membuat aduan kepada pihak bank.
Bagaimanapun, sehingga Isnin (4 Julai) mereka masih belum menerima maklumat terkini daripada bank, manakala pemegang akaun juga menegaskan bahawa mereka belum menerima baki dana. Dengan harapan untuk mempercepatkan siasatan, Leong membuat laporan polis pada hari Selasa (5 Julai). Dalam laporannya, dia meminta bank itu menyemak rakaman kamera keselamatannya jika terdapat sebarang rekod lebihan pembayaran atau orang lain mengeluarkan wang daripada ATM pada hari itu.
“Kami berharap pihak polis dan bank akan membantunya menyelesaikan masalah ini dan akan dapat semula wang tersebut”
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang