Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok hasrulnizamazmi, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita sedang membuat sabun pencuci pinggan dengan beberapa bahan sahaja. Dikatakan bahan tersebut hanya menggunakan limau purut, n70, garam halus, pewarna makanan dan air sebanyak 30 liter. Lelaki ini yang merupakan suami kepada wanita ini juga mengatakan, bahan yang dikenali n70 tersebut boleh didapati di dalam talian sahaja seperti Lazada ataupun Shopee.
Beliau juga mengatakan ini adalah salah satu cara berjimat dan bahan yang digunakan sememangnya mudah dan senang didapati mana-mana pasaran.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan cara ini sememangnya memudahkan para ibu dan cara pembuatannya juga sangat mudah dan ringkas. Ada juga yang mengatakan jika tidak dicampurkan bahan ‘n70’ dan pewarna makanan, ianya boleh dibuat sebagai ubat sakit sendi dan juga otot. Netizen juga mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana berkongsi ilmu dan ianya salah satu cara berjimat.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1.4M penonton, 47.6K sukaan dan 1726 komen.
Baca lagi: Pemuda Ini Kongsi Cara Periksa Minyak Hitam Kereta, Mudah Je Rupanya
Lihat klip durasi pendek perkongsian wanita ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Salina Ismail: Alhamdulillah terima bg ilmu cara buat sabun basuh pinggan
@Mak Long: Ada berapa bahan nak buat sabun … limau perut garam lg satu apa ye..
@AzieNordeen: bagus saya guna MES..1KG dpt 40-50liter Sabun
@Wani Wawa: Alhamdulilah tkasih di atas perkongsian …SMG dipermudahknnn
@Ekin RZ: semua bahan tu memang boleh beli cuma rajin je yg susah nak dapat
@anis: t kasih ilmunya,saya share halalkn semoga bertambah murah rezeki
@acid: ni klau xcampur n70 dgn pewarna bleh ikhtiar ubat sakit sendi dan otot.. 2 sudu utk segelas air suam.. kulit limau bagus utk sendi .
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram