Home Lifestyle Wanita Korea Ini Kata “Lelaki Malaysia Kacak”

Wanita Korea Ini Kata “Lelaki Malaysia Kacak”

0

Suatu hari, saya terbaca artikel SAYS yang memaparkan sebuah video TikTok tentang jawapan seorang wanita Korea mengenai Malaysia yang telah menarik perhatian ramai.

photo 2021 12 30 08 11 24

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang YouTuber yang dikenali sebagai Jesse difahamkan berada di Gangnam, kota paling popular di Korea Selatan.

Dia mewawancara penduduk di sana tentang Malaysia. Antaranya adalah dua orang wanita Korea yang ditanya YouTuber itu adakah mereka tahu tentang Malaysia sebelum diajukan beberapa soalan lain.

” Awak tahu Malaysia?” tanya Jesse.

“Ya, ya.” jawab salah seorang wanita itu dengan teruja.

“Nampak seperti awak suka negara tu.”

“Saya pernah melancong ke Malaysia.”

“Ye ke? High five sikit.” kata Jesse ajak tepuk tangan.

“Bila awak melancong ke Malaysia?”

“Saya pergi ke Malaysia 2 tahun lepas.”

“Awak pergi ke mana?”

“Kota Kinabalu!”

“Bagaimana Malaysia?”

“Sangat menarik dan lelakinya sangat kacak.”

“HAHAHA, LOL LOL LOL.” Kedua-duanya pun tergelak.

Tonton video penuh asal di bawah:

Ketika artikel ini ditulis, video yang dimuat naik oleh @hey_yenna di TikTok itu meraih 106.4K tontonan, 10.2 K tanda suka dan 127 komen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi dan komen mereka mengenainya seperti berikut:

Maka kembang kempislah oppa Malaysia 😅😅

Tapi memang betul lah lelaki di Sabah mostly handsome

Orang Sabah hadir ☑️

Asal aku terharu ni 😭😭😭😭😭

Sebenarnya laki Malaysia pun ramai yang handsome

Handsome? Ayuh semua jantan Malaysia kita gi Seoul 😎

Kita lelaki ni hensem je cuma tersalah negara

Lelaki Sabah je ye, negeri lain jangan nak perasan 😂😂

Perempuan Malaysia minat laki Korea, perempuan Korea minat laki Malaysia