Home Lifestyle Wanita Korea Ini Kata Lelaki Malaysia Lebih Baik Daripada Lelaki Di Negaranya

Wanita Korea Ini Kata Lelaki Malaysia Lebih Baik Daripada Lelaki Di Negaranya

0

Melihatkan dunia hari ini yang disapu K-Wave tahap tsunami, terdapat segelintir wanita yang mengimpikan ‘oppa’ dari negara kimchi bukan lagi satu rahsia.

Mungkin kerana terpesona dengan stereotaip lelaki Korea Selatan yang ditampilkan dalam skrin- tampan, romantik dan gagah. Bukan semua wanita nak cari type ‘oppa’ tapi kalau ada pun tidak mengapa kerana itu taste masing-masing dan penulis hormatinya.

korean oppa 9nmg
Kredit: Beauty Insider Singapore via SE Asia

Namun menurut seorang wanita Korea Selatan, imej lelaki Korea Selatan dalam fiksyen dan bukan fiksyen dianggap jauh berbeza bagai langit dan kerak bumi.

Memetik laporan Utusan Online, seorang wanita Korea yang bermastautin di Malaysia dan dikenali sebagai Mingyeong Choi lebih ‘tertawan’ dengan sikap lelaki Malaysia berbanding jejaka dari negaranya sendiri.

Lelaki Malaysia VS Lelaki Korea

Katanya secara umum, lelaki Malaysia lebih mementingkan keluarga berbanding lelaki Korea yang tidak begitu meluangkan masa cukup bersama keluarga sendiri.

“Lelaki Malaysia lebih banyak menghabiskan masa dengan keluarga. Sikap mereka pula sangat merendah diri dan melayan wanita dengan lebih baik. Ini menyamai sikap bapa saya sebagai family man,” katanya.

Manakala lelaki Korea pula lebih banyak menghabiskan masa bersama dan berhibur dengan rakan-rakan di luar.

“Ada juga yang pulang ke rumah begitu lewat sehingga terlepas makan malam bersama keluarga. Begitu juga dengan sikap mereka yang tidak membantu mengemas rumah.

Menurutnya lagi, lelaki Korea memiliki ego yang tinggi kerana mengikut budaya di sana., sikap mereka juga lebih serius dan berkuasa penuh dalam membuat keputusan rumah tangga.

Selain itu, jelasnya lagi lelaki Korea begitu obses dengan kecantikan sehinggakan ada alat solek khas dicipta untuk mereka sama seperti wanita.

Rumput Di Seberang Nampak Lebih Hijau

Bagaimanapun penulis tertarik dengan pendapat dalam artikel Sea Mashable ini bahawa pendapat wanita berkenaan tidak semestinya tepat untuk generalisasi semua lelaki Malaysia begitu, semua lelaki Korea begini.

Kadang pendapat ‘lelaki Korea lagi sweet, lelaki Malaysia lebih gentleman’ mungkin juga terbentuk daripada pemerhatian, pengalaman sendiri atau ledakan maklumat yang romanticize budaya berbeza dengan kita.

Namun seperti rambut yang tidak sama hitam, ada blond, merah atau putih beruban serta hati lain-lain, begitu juga dengan sikap dan personaliti yang bermula dengan seseorang individu, tidak semestinya membabitkan keseluruhan bangsa dan negara. Tetapi tidak dinafikan persekitaran dan budaya juga boleh mempengaruhi cara hidup seseorang itu.

Apa pun hampir semua orang tanpa mengira jantina, bangsa dan negara pasti mengimpikan mendapat pasangan yang baik-baik walau dari negara mana pun dia berasal.