Puas dan berbangga. Itulah yang dirasai Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, usai lompatan mengagumkannya merentasi 66 motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di sini hari ini.
Lebih membanggakan, lompatan pertama kali di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah itu disempurnakan pada hari lahir ke-35 Saidatul Husna hari ini.
“Aura lompatan hari ini cukup hebat dan lain dari lompatan-lompatan saya sebelum ini. Buat lompatan merentasi 66 motosikal Royal Enfield di hadapan (Yang di-Pertuan) Agong dan Permaisuri Agong serta disaksikan lautan manusia di kiri dan kanan landasan cukup mendebarkan.
“Seperti kebiasaan sebelum buat lompatan, saya kosongkan fikiran dan banyakkan berdoa berharap semuanya dilancarkan. Keluarga yang hadir menyaksikan saya di sini turut menyumbang selesaikan amanah yang besar ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Tambah wanita yang telah 13 tahun menyertai pasukan Akrobatik Motosikal Tentera Darat Army Red Warrior itu, masalah teknikal yang dihadapi motosikal jenis Scrambler Kawasaki 250cc kendaliannya pada sesi raptai penuh Selasa lepas sedikit mencemaskannya.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut pasukan mekanik akhirnya membolehkan lompatan paling jauh dalam rekod peribadi dan pasukan Army Red Warrior berjaya disempurnakan hari ini.
“Alhamdulillah berkat kerjasama rakan sepasukan yang umpama satu keluarga ini, semuanya berjalan lancar. Kami saling menyokong antara satu sama lain untuk jayakan setiap misi lebih-lebih lagi misi besar untuk negara, hari ini,” kata ibu kepada seorang cahaya mata itu.
Saidatul Husna sebelum ini pernah mencipta rekod Lompatan Motosikal Terpanjang (Wanita) yang dicatatkan di Malaysia Books of Record (MBOR) pada persembahan TATU Tentera Darat (TDM) bersempena Hari Tentera Darat ke-90 di Port Dickson, Negeri Sembilan, Mac lepas.
Lompatan ekstrem bermotosikal oleh Saidatul Husna merupakan antara persembahan menarik Army Red Warrior sempena Hari Kebangsaan 2023 selain aksi akrobatik motosikal melibatkan motosikal carrier menerusi aksi penunggang membawa motosikal menaiki tangga setinggi lapan kaki, formasi bunga raflesia, tugu negara dan merak.
Baca juga : Gempar! Wanita Terima Hadiah Kek Duit Bernilai RM60,000
Baca juga : “Tahniah Dik..Berbakat Betul..”-Persembahan Roti Canai Di Hari Guru Buat Netizen Kagum
Lihat klip video di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@TwinkleLittleDark : masa rehearsal 50 je masa hari betul tambah lagi 10 superbike,kita yg tgk kt tv pon meremang
@Dina Low : aku tengok tadi kat tv ..ingt kan lelaki rupa perempuan ..TERBAIK LAH
@kakak : mula2 lelaki tuu 50 motor kan, lepastu yang akak ni tambah jadi 66 motor. power gilaa .
@Dyean3235 : wow..tgk tu wanita juga mantap…..kita ada pilihan nak lakukan atau chau kan…terbaik laa
@mama aisy : selalu tngk dlm movie tamil je.. ni real weiii..
@liza : Tgk Sarjan perempuan ni auto bersemangat tiber minat motor cross ..
@noorainyothman : tahniah wanita hebat.skrg wanita boleh lakukan apa jua.syabas.
@Bonda Lin : MasyaAllah…. Hebatnya… Tak Padan Dari comel orgnya… Berani sungguh
PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Bernama, Tiktok dan Instagram