Suri rumah berputih mata apabila barang kemas bernilai RM116,000 yang ditebus daripada pelaggan kononnya dari kedai pajak gadai adalah emas palsu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri mengatakan pada pertengahan Mei lalu, mangsa berusia awal 30-an itu mengiklankan pencarian ‘dropship’ di aplikasi Facebook.
Selain itu, pada 27 Jun lalu dia dihubungi oleh suspek iaitu seorang wanita melalui WhatsApp yang berminat menjadi ‘dropship’ bagi mencari pelanggan yang ingin menjual emas atau pelanggan ingin menjual emas yang sudah digadai di kedai pajak gadai.
Baca lagi: Tak Masuk Akal Betul Harga Barang Kemas Yang Dipakai IU Di Festival Filem Cannes 2022
Baca lagi: Keluarkan Ular Besar Dari Dalam Longkang, Anggota Pertahanan Awam Ini Raih Pujian Netizen
(Gambar hiasan)
Lihat juga video dibawah:
“Mangsa yang terdapat modal kewangan daripada rakan melakukan 20 transaksi pembayaran kepada akaun bank suspek antara tarikh 1 hingga 7 Julai lalu berjumlah RM116,000 untuk membuat tebusan emas kononnya dari pajak gadai dan pembelian emas daripada pelanggan”
“Suspek kemudian menghantar barang kemas seberat 347.78 gram kepada mangsa melalui penghantaran menggunakan basekspres daripada Miri ke Kuching pada 11 Julai lalu”
“Ketulenan barang kemas itu kemudian diperiksa di kedai emas milik kawan mangsa di Kuching dan mendapati ia adalah emas palsu”
Katanya, mangsa menyedari ditipu apabila suspek tidak dapat memulangkan kembali wang yang diminta suspek kerana sudah digunakan untuk urusan lain, serta mangsa juga telah membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.
Oleh itu, jangan mudah percaya jika mendapat apa-apa mesej daripada orang yang tidak dikenali namun selidik terdahulu mengenai produk yang ditawarkan oleh pihak berkenaan. Semoga kisah ini dijadikan pengajaran buat kita semua serta ambil lah langkah berhati-hati jika anda mahu menjadi ‘dropship’ mana-mana produk.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua!
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Sarang Burung