Seorang suri rumah dari Sabah menjadi jutawan sekelip mata selepas memenangi hadiah Supreme Toto 6/58 Jackpot sebanyak RM41.45 juta pada minggu lepas.
Pemenang bertuah berusia 54 tahun itu ketika menuntut hadiah kemenangan bersama suami dan anak perempuannya di ibu pejabat di Kuala Lumpur memberitahu, beliau hanya menyedari dirinya pemenang pada hari Rabu selepas memeriksa tiket menggunakan mesin CheckWin di sebuah premis pada Sabtu yang lalu.
“Berita baik ini menyebabkan saya tidak dapat tidur beberapa hari selepas mengetahui bahawa saya pemenang Jackpot RM41.45 juta”
Baca lagi: Raptai Hari Kemerdekaan, Reaksi Salah Seorang Penari Pula Tarik Perhatian Ramai
(Gambar hiasan)
Lihat juga video dibawah:
“Sebagai suri rumah, bermain permainan toto adalah kegemaran saya kerana saya suka mencampurkan dan memadankan nombor walaupun hanya bertaruh sekali sekala apabila mengikuti suami membeli nombor” -katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Sport Toto Malaysia
Wanita berkenaan memberitahu set nombor yang bahawa tuah kepada dirinya adalah 1, 9, 12, 17, 28 dan 38 yang merupakan gabungan beberapa nombor bertuah dan hari lagir salah seorang ahli keluarganya.
“Saya masih tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan durian runtuh ini. Saya rasa saya akan berkongsinya dengan suami dan anak-anak”
Beliau hanya membelanjakan RM2 pada tiket Supreme Toto 6/58, dan membawa pula hadiah sebanyak RM41,450,150.65.
Siapa sangka duit bertuah itu menjadi miliknya, namun bagi orang Islam ianya masih haram disisi agama kita. Elakkan lah berbuat perkara yang dilarang oleh-Nya.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Sarang Burung