Apabila tekanan dan kepenatan seharian menekan anda, pernah kah anda terfikir untuk lari seketika ke dalam gua atau penjara, jauh dari dunia luar dan putuskan sekejap hubungan dengan manusia?
Hasrat itu boleh menjadi kenyataan di Hongcheon, Korea Selatan, tanpa perlu melakukan sebarang aktiviti jenayah pun. Sekiranya kita tonton filem aksi, banduan buat macam-macam untuk lari keluar dari penjara walaupun terpaksa bakar tempat itu.
Berlainan pula dengan warga Korea Selatan yang sanggup bayar sekitar $90 (sekitar RM 380) untuk lari dari realiti bagi berkurung sendirian dan check in di hotel ‘Prison Inside Me’ selama 24 jam.
Para ‘Banduan’ pakai baju seragam, tidur di dalam sel dan dilarang bercakap antara satu sama lain. Telefon bimbit dan jam dilarang bawa masuk melepasi tembok penjara tersebut.
Semua orang tidur di atas lantai, kit penginapan termasuk tikar, set minuman teh, pen dan buku nota turut disediakan.
Menu makanan yang disajikan pula adalah ubi rebus, pisang dan bubur.
Sejak dibuka tahun 2013, lebih 2,000 orang bermalam di situ dan kebanyakan mereka memilih percutian luar biasa itu adalah pekerja dan pelajar yang tertekan.
Ketika ditemu bual Reuters, Noh Ji-Hyang pengasasnya berkata, “Selepas duduk di penjara ni, ramai cakap ‘Ini bukan penjara, penjara sebenar adalah tempat kami kembali nanti.’”
Penginapan penjara itu turut sertakan cenderahati kepada para penginap iaitu sijil parol selepas bebas daripada kurungan penjara tersebut.
Sumber: Insider