Pengarah Hwang Dong-hyuk bercakap tentang watak utama dalam Musim ke-2 siri asal Netflix “Squid Game”.
Pengarah “Squid Game” Hwang Dong-hyuk muncul di Deadline Contenders Television di Paramount Studios di Los Angeles, California, A.S. pada 9 April (waktu tempatan).
Menurut Deadline, pengarah Hwang berkata, “Sung Ki-hoon pasti akan kembali. Saya percaya Front Man juga akan kembali”.
Pada penghujung Squid Game 1, Sung Ki-hoon yang dilakonkan oleh Lee Jung-jae memberikan petunjuk yang dia akan kembali.
Namun, ini adalah kali pertama Lee Byung-hun, yang memegang watak sebagai Front Man, dikatakan kembali di dalam cerita itu.
Terdahulu, di dalam sebuah temu bual, pelakon Lee Jung-jae pernah berkata, “Saya mahu berlakon bersama Lee Byung-hun dalam Musim 2“.
Pada bulan Mac lalu, di ‘Red Carpet’ Anugerah U.S PGA., apabila ditanya mengenai watak Kang Sae-byeok yang dilakonkan oleh Jung Ho-yeon pengarah Hwang berkata, “Bagaimana jika Kang Sae-byeok mempunyai adik kembar?”.
Baca lagi: Seorang Netizen Disaman JTBC Kerana Komennya Tentang ‘Snowdrop’
Baca lagi: Kecoh Sedunia, Ini Rupanya Perkara Yang Dibisik V Ke Telinga Olivia Rodrigo Di Grammy
Walaupun ia hanya sekadar gurauan, tetapi kemungkinan kemunculan semulanya masih tinggi, memandangkan populariti global yang diperoleh Jung Ho-yeon.
Pengarah itu sendiri yang mengusik kepada Deadline tentang kemunculan semula Jung Ho-yeon sebagai adik kembarnya yang jahat.
Sumber: [1]