Im Soo Hyang pelakon cantik manis ini pernah membawa pelbagai watak dalam Kdrama lakonannya. Jom kita tengok apakah watak-watak ikonik dan menarik yang pernah dibawa oleh pelakon wanita ini:
Drama siri terbaru Viu iaitu Kokdu: Season of Deity perlu masuk dalam senarai wajib tonton buat peminat-peminat setia Kdrama.
Drama siri ini mengisahkan tentang seorang grim reaper yang bernama Kokdu (Kim Jung Hyun) yang sangat dingin dan kejam. Setiap 99 tahun, Kokdu akan turun ke dunia dan merasuki tubuh manusia. Kali ini dia memasuki tubuh manusia yang bernama Do Jin Woo.
Pada suatu hari dia bertemu dengan Han Gye Jeol (Im Soo Hyang) yang merupakan seorang doktor yang memiliki kemampuan dan kebolehan misteri. Namun, Han Gye Jeol sering dihina dan diherdik kerana dia adalah lulusan dari univerisiti yang tidak popular dan grednya cukup rendah.
Hidupnya mula berubah sejak dia bertemu dengan Han Gye Jeol. Han Gye Jeol adalah orang pertama yang memihak kepada dirinya dan dia merasakan bahawa lelaki tersebut adalah pelindung dirinya.
Pelakon yang membawa watak doktor muda ini adalah Im Soo Hyang yang sudah berlakon dalam beberapa drama siri terkenal sebelum ini. Selain membawa watak sebagai seorang doktor muda yang jatuh cinta dengan malaikat maut, pelakon ini juga pernah membawa beberapa watak menarik yang lain.
Jom kita sama-sama semak beberapa watak lain yang pernah dipegang oleh Im Soo Hyang supaya kita boleh menilai dan lebih mengenal bakat hebat pelakon wanita ini.
Kang Mi Rae – Gangnam Beauty (2018)
Gangnam Beauty menceritakan tentang seorang pelajar yang kurang percaya pada dirinya sendiri. Setelah bertahun-tahun dibuli kerana penampilannya, Kang Mi Rae (Im Soo Hyang) memutuskan untuk menjalani pembedahan plastik sebelum mulakan harinya sebagai seorang pelajar di universiti.
Dia mehu mengubah penampilannya terlebih dahulu. Penampilan barunya mula-mula tampak berhasil dan seolah-olah berjaya, tetapi rancangannya mula berantakan apabila kawan-kawan di universiti dapat menghidu bahawa dia sudah melakukan pembedahan plastik.
Mereka lalu mengejek dan mengherdiknya sebagai “monster pembedahan plastik Gangnam”. Akhirnya, Mi Rae terpaksa berdepan lagi dengan masalah dan perlu menguatkan hati untuk memulihkan perasaan yakin dirinya.
Dalam drama siri ini Im Soo Hyang melakonkan watak sebagai Mi Rae iaitu seorang gadis pemalu dan sangat merendah diri kerana penampilannya yang dianggap hodoh. Dia tidak suka menonjol dan ingin menjalani kehidupan normal.
Setelah dibuli sewaktu di bangku sekolah, dia akhirnya memutuskan untuk menjalani pembedahan plastik sebelum mulakan kehidupan sebagai pelajar di sebuah universiti. Tapi sewaktu dia mendaftar masuk ke universiti, dia mula merasakan tekanan untuk menjadi “cantik” dan “popular” di antara kawan-kawannya yang lain. Perkara ini membuatkan dirinya menjadi tertekan dan penat sehingga dia akhirnya menyedari bahawa kecantikan itu bukanlah segalanya.
Oh Ye Ji – When I Was The Most Beautiful (2020)
Dalam drama When I Was The Most Beautiful, Im Soo Hyang melakonkan watak sebagai Oh Ye Ji. Oh Ye Ji adalah pembuat bikar seramik yang baik hati, berjiwa optimistik serta pantang menyerah.
Dia masuk ke sekolah seni di Yangpyeong sebagai guru, di situ dia bertemu dengan dua orang adik beradik iaitu Seo Hwan (Ji Soo) dan Seo Jin (Ha Seok Jin).
Seo Hwan adalah pelajar Ye ji yang jatuh cinta kepadanya. Untuk meluahkan perasaannya kepada gurunya itu, Seo Hwan mengundang Ye Ji ke bengkel ayahnya.
Sesampainya di sana, secara kebetulan Ye Ji bertemu dengan dengan Seo Jin terlebih dahulu. Seo Jin juga jatuh cinta padanya. Walaupun Seo Jin sudah mengetahui perasaan adiknya terhadap Ye Ji, dia tetap meluahkan perasaannya terlebih dahulu dan ingin menjalin hubungan yang lebih serius dengan gurunya itu.
Ye Ji yang pada asalnya hanya ingin hidup bahagia dan damai terjebak pula dalam cinta segi tiga antara adik-beradik Seo tersebut. Jadi, siapakah yang akan dipilih oleh Ye Ji?
Oh Woo Ri – Woori the Virgin (2022)
Drama siri Woori the Virgin mengisahkan tentang seorang gadis bernama Oh Woo Ri (Im Soo Hyang) yang bekerja sebagai pembantu penulis dalam drama siri popular. Walaupun dia bercinta dengan Detektif Lee Gang Jae (Shin Dong Wook), dia ingin menjaga status perawan (dara) sampai dia mendirikan rumah tangga.
Dia bernasib baik kerana teman lelakinya menerima baik keputusannya itu.
Pada suatu hari, Oh Woo Ri pergi ke OBGYN untuk pemeriksaan rutin. Kerana kesalahan doktornya, Oh Woo Ri hamil melalui satu kaedah perubatan yang diberi nama artificial insemination.
Setelah diperiksa, bapa biologi kepada bayi Oh Woo Ri adalah Raphael (Sung Hoon), CEO sebuah perniagaan kosmetik. Raphael sedang dalam proses penceraian dengan isterinya. Kebetulan Raphael mempunyai kisah masa lampau dengan Woo Ri.
Bagaimanakah cara mereka mengatasi perkara ini?
Dalam drama siri ini Im Soo Hyang memegang watak sebagai sebagai Oh Woo Ri iaitu seorang pembantu penulis drama yang berusia 29 tahun. Woo Ri sejak kecil dijaga oleh neneknya yang kolot sehingga semasa sudah dewasa dia menjalani kehidupan yang sangat berdisiplin.
Salah satunya peraturan hidup Woo Ri adalah tidak boleh berhubungan seks sebelum berkahwin. Maka berita dia hamil tanpa sengaja benar-benar mengejutkan! Woo Ri panik dan berusaha menyembunyikan kandungannya agar dapat menjaga imej dirinya.
Dari deretan drama siri yang tersenarai di atas, mana satukah yang sudah selesai ditonton? Watak Im Soo Hyang yang manakah menjadi kesukaan anda?