Home Entertainment 4 Watchlist Hujung Minggu Anda Bersama Viu

4 Watchlist Hujung Minggu Anda Bersama Viu

0

Korang dah ada watchlist untuk korang tonton hujung minggu ini?

Sambil santai santai di hujung minggu Min biasanya akan layan drama dan rancangan realiti terbaru di Viu.

Mari sini Min kongsikan dengan korang watchlist Min di bulan Julai ini.

The Wedding War

Di tangga teratas di dalam watchlist Julai Min adalah The Wedding War, yang merupakan rancangan realiti terbaru dari Korea Selatan.

daebaking.co watchlist hujung minggu di viu

Kenapa rancangan realiti ini berada di tangga teratas?

Salah satunya kerana rancangan realiti ini mempunyai format yang menarik apabila ia menjemput 10 pasangan yang sudah bertunang dan merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan dalam masa terdekat dan bersaing antara satu sama lain untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak 290 juta won bersamaan dengan RM1,034,041.

Dah boleh buat wedding of the year korang kalau menang.

daebaking watchlist

Selain itu juri panelisnya pun bukan calang calang dan merupakan figura terkenal iaitu Choi Soo Young dari kumpulan SNSD, Lee Eun Ji dan juga Jang Sung Kyu.

Peserta rancangan ini datang dari pelbagai latar belakang dan karier yang berbeza seperti model, profesor,chef, pelakon , atlet dan banyak lagi.

daebaking watchlist 3

Malah ada peserta yang sudah berpasangan lebih 15 tahun, pasangan yang baru 3 bulan dan juga pasangan yang pernah berkahwin sebelum ini.

daebaking.co watchlist hujung minggu daebaking watchlist hujung minggu 2 daebaking watchlist 4

Tetapi bukan semudah itu untuk memenangi hadiah itu , kerana setiap pasangan perlu melakukan pelbagai misi bersama pasangan mereka.

Dalam melaksanakan misi untuk menang pasangan juga diuji dengan hubungan mereka. Di situ mereka akan mula melihat adakah mereka sebenarnya telah bersedia untuk berkahwin dengan satu sama lain.

Kalau korang nak tahu apakah misi yang harus ditempuhi kesemua pasangan ini dan siapa yang akhirnya akan memenangi wang tunai yang ditawarkan?

Korang semua kena la tengok di sini.

Miraculos Brother

nonton streaming download drakorindo miraculous brothers sub indo slide bannerDrama terbaru yang membawakan tema misteri ini dibintangi oleh pelakon popular Korea Selatan seperti:

  • Jung Woo sebagai Yuk Dong Joo
  • Bae Hyun Sung sebagai Kang San
  • Park Yu Rim sebagai Park Hyun Soo
  • Oh Man Seok sebagai Kai
  • Lee Ki Woo sebagai Lee Myung Seok

Jung Woo yang dikenali ramai dengan lakonannya di dalam drama Reply 1994 sebagai ‘Sseuregi’ atau yang bermaksud sampah.

Reply 1994 merupakan salah satu drama yang mencatatkan rating tertinggi di Korea Selatan sehingga Jung Woo digelar Oppa Sseuregi oleh netizen.
daebaking watchlist 2

Miraculous Brother mengisahkan Yook Dong Ju (Jung Woo) yang mana ayahnya sangat menyukai penyair Yun Dong Ju sehingga menamakan anaknya dengan nama yang sama.

Sejak dari kecil Yook Dong Ju telah menunjukkan bakatnya yang menulis , namun walaupun selepas 7 tahun graduasi dari sebuah universiti, dia masih belum dapat menerbitkan sebarang buku.

daebaking watchlist 1

Kehidupannya sekarang dikelilingi dengan hutang dan juga seorang emak yang sering menimbulkan masalah.

Namun walaupun kehidupannya tidak seindah yang diharapkan Yook Dong Ju masih terus menulis novelnya sambil bekerja separuh masa untuk meneruskan kehidupannya.

Bagi Dong Ju hidupnya sudah berada di tahap terendah dan tidak mungkin boleh menjadi lebih teruk daripada sekarang.

IMG 5022 e1689421962297

Pada suatu hari seorang lelaki misteri bernama Kang San (Bae Hyun Sung ) muncul di depannya. Kang San terlibat di dalam sebuah kemalangan dan dia tidak dapat mengingati siapa dirinya termasuk nama dan umurnya.

Dia juga tidak mengigati apa yang telah terjadi kepadanya sebelum itu.

Yang menjadi misteri, Kang San mempunyai satu kebolehan luar biasa di mana dia boleh merasai kesakitan dan kesusahan yang dirasakan oleh orang lain.

daebaking

Dia juga boleh membaca hati seseorang. Dengan kelebihannya yang ada, Kang San tidak teragak agak untuk menengakan kebenaran dan melawan ketidakadilan.

Yook Dong Ju mengambil tanggungjawab ke atas Kang San dan secara tidak langsung terlibat dengan mereka yang merasakan kesakitan dan kesusahan di dalam hidup mereka.

watchlist

Walaupun mempunyai watak yang berbeza , mereka kini telah menjadi ‘Miracle Brothers’.

Jom saksikan di sini .

Numbers

daebaking.co number gandingan mantap L dan choi jin hyuk

Drama terbaru yang bergenre aksi , thriller dan misteri ini dibarisi oleh pelakon terkenal dari Korea Selatan seperti:

  • Kim Myung Soo sebagai Jang Ho Woo
  • Choi Jin Hyuk sebagai Han Seung Jo
  • Choi Min Soo sebagai Han Je Gyun
  • Yeon Woo sebagai Jin Yeon Ah
  • Kim Yoo Ri sebagai Jang Ji Soo / Joyce

Mereka ini sememangnya terkenal dengan lakonan mereka yang sangat mantap dan mampu menjiwai watak mereka dengan cemerlang.

ChoiJinHyuk1

Drama dan filem lakonan mereka juga biasanya menjadi hit di Korea Selatan.

Seperti Choi Jin-hyuk yang dikenali ramai dengan lakonanya di dalam drama Emergency Couple , The Last Empress dan Detective Zombie.

Baca lagi: 4 Drama Terbaru dari 4 Negara

IMG 20181217 202600

Selain itu bagi peminat kumpulan idol INFINATE korang wajib tengok drama ini kerana drama ini dibintangi oleh Kim Myung-soo atau lebih dikenali dengan nama idolnya “L”.

Drama ini merupakan projek lakonan pertamanya sejak tamat latihan wajib ketenteraan pada tahun 2022.

Peminat INFINATE ini memang drama wajib korang masukkan dalam watchlist korang.

daebaking.co number gandingan mantap L dan Choi Jin HyukDrama ini mengisahkan tentang Jang Ho Woo (Kim Myung Soo) seorang akauntan yang diterima bekerja di Taeil Accounting Firm yang merupakan salah sebuah syarikat di antara empat syarikat akauntan terbesar di Korea Selatan (Big 4).

Dia merupakan pekerja pertama dan satu satunya akauntan yang diterima masuk ke syarikat itu dengan hanya kelayakan Diploma dan latar belakang keluarga yang biasa.

Screenshot 20230715 084001 Chrome

Dia diterima masuk melalui temuduga tertutup dan hanya diterima kerana kebijaksaannya.

Kerana hanya berkelulusan diploma dia sering dipandang rendah oleh rakan sekerjanya malahan dia tidak mendapatkan sebarang tugasan daripada ketua kumpulannya.

Dia hanya diberikan tugasan remeh di sekitar pejabat seperti membuat salinan dokumen , membersihkan pejabat dan mengangkat barang- barang.

a8c808841fcff11661e2d798b9235a6ece8e609d

Di syarikat itu dia bertemu  dengan Han Seung Ho ( Choi Jin Hyuk ) seniornya, seorang akauntan yang mempunyai kelulusan daripada sebuah universiti terbuka.

Malah Han Seung Ho juga datang daripada latar belakang keluarga yang sempurna dan mempunyai hubungan kuat dengan Taeil Accounting Firm.

6GE4iJD3FRKdlM48Ucl85qwEKfL

Malah ayahnya sendiri merupakan wakil presiden di Taeil Accounting Firm, kerana itu Han Seung Ho sangat di hormati oleh semua pekerja yang lain.

FzeGMyRaUAEq9PB e1689392442804

Jang Ho Woo sebenarnya memasuki Taeil Accounting Firm untuk menuntut pembelaan ke atas kematian ayah angkatnya, kerana itu dia sanggup bertahan dan berusaha keras walau dirinya dipandang rendah oleh rakan sekerjanya.

Kalau korang nak tahu apa rancangan sebenar Jang Ho Woo dan bagaimana dia menggunakan Han Seung Ho.

Jom layan drama Numbers sini.

Durian’s Affair

Dibintangi pelakon berbakat dari Korea seperti Park Joo-mi, Lee Da-yeon, Choi Myung-gil, Kim Min-jun dan ramai lagi, drama ini membawakan watak utama dari Dinasti Joseon ke tahun terkini iaitu tahun 2023.

Lain dari jalan cerita drama biasa bukan?

daebaking.co watchlist

Baca lagi: Merentas Masa di Durian Affairs

Durian’s Affair mengisahkan watak utama Du Ri-an (Park Joo-mi) seorang wanita bangsawan yang kelihatan lemah lembut namun mempunyai semangat yang kental dan juga Kim So-jeo (Lee Da-yeon) yang merupakan menantunya.

Du Ri-an mempunyai kecantikan yang luar biasa dan kepribadian yang tinggi membuatkan dia sangat disenangi dan dihormati oleh semua orang di sekelilingnya.

daebaking.co 2

Du Ri-an telah berkahwin dengan anak lelaki keluarga Park, Park Il-soo (Ji Young-san)namun sebenarnya dalam diam diam dia telah jatuh cinta kepada Dol Se (Kim Min-jun) yang merupakan pelayan lama keluarganya.

Mereka menjalinkan hubungan terlarang tanpa pengetahuan sesiapa dan Dol Se juga sebenarnya merupakan ayah kandung kepada putera Du Ri-an, Park On (Yoo Jung Ho).

Pada suatu hari Dol Se telah mengorbankan dirinya sendiri untuk menyelamatkan nyawa Du Ri-an.

daebakingco

Baca lagi: Oppa Pilot Di Soar Into The Sun

Selepas peristiwa itu Park On telah dijodohkan dengan Kim So Joe dan mereka berdua telah jatuh cinta pada pertama pada hari perkahwinan mereka.

Namun tidak berapa lama dari perkahwinannya , Park On tiba tiba meninggal dunia tanpa sebarang sebab.

daebaking.co durian affair

Du Ri-an dilanda kesedihan yang melampau kerana kehilangan dua insan yang paling disayanginya dan Kim So Jeo masih tidak dapat menerima kehilangan Park On yang baru sahaja dikawininya.

Tidak dapat menanggung kesakitan akibat kehilangan orang yang mereka cintai mereka berdua mendapati mereka merentas masa ke masa hadapan iaitu tahun 2023.

daebaking 1

Baca lagi: 5 Filem dan Drama Terbaru Di Viu Mei Ini

Mereka berdua muncul pada pesta makan malam untuk meraikan hari jadi ke 70 Baek Do Yi (Choi Myung Gil) yang merupakan ketua keluarga yang kaya raya (Chaebol) di Korea

Pesta keluarga Dan ini dihadiri oleh tiga anak lelakinya bersama dua menantu perempuannya. Di sinilah Du Ri-an dan Kim So Jeo menyedari semua insan yang mereka sayangi dan kenali di zaman mereka telah dilahirkan semula ke dalam Keluarga Dan.

daebaking.co 2

Untuk mendapatkan kebahagian bersama insan yang mereka sayangi bukanlah semudah yang disangkakan. Pelbagai insiden dan drama sebenarnya terpaksa mereka hadapi di dalam Keluarga Dan pada tahun 2023.

Jangan lupa masukkan drama ke dalam watchlist korang di sini

Bestkan semua drama dan rancangan terbaru yang dibawakan khas oleh Viu kepada korang semua. Boleh lah korang masukkan semua ke dalam Wacthlist Korang semua.

Jadi korang boleh juga download aplikasi Viu di telefon korang untuk menonton watchlist korang di mana sahaja.

viu Google Search Google Chrome

Lagi best kalau korang semua langgan Viu Premium baru lah best dapat layan semua yang korang masukkan dalam watchlist korang  di  Viu tanpa gangguan iklan.