Home Disney+ Wonderful World: 5 Persoalan yang Perlu Dirungkaikan di Episod Akhir

Wonderful World: 5 Persoalan yang Perlu Dirungkaikan di Episod Akhir

0

“Wonderful World” MBC telah melanjutkan siri terakhirnya dan apakah persoalan yang perlu dirungkaikan dalam di episod akhir “Wonderful World”?

Pada 9 April, MBC mengumumkan bahawa “Wonderful World” telah memanjangkan masa tayangan episod terakhirnya kepada 90 minit. Hasilnya, tayangan akhir akan disiarkan 10 minit lebih awal daripada biasa, bukannya disiarkan pada 9:50 malam KST, Episod 14 akan mula disiarkan pada 9:40 malam KST pada 13 April. Sementara itu, Episod 13 akan disiarkan dalam slot masa biasa pada 9:50 malam KST pada 12 April.

IMG 2097

Pasukan produksi “Wonderful World” berkata, “Dalam Episod 13 dan 14, yang akan berfungsi sebagai perkembangan terakhir, plot misteri yang telah disembunyikan sehingga kini akan muncul, dan hukuman terhadap ahli politik yang kejam Kim Joon akan terungkap.”

“Oleh itu, selepas banyak pertimbangan, kami memutuskan untuk memanjangkan masa tayangan [akhir] untuk menyampaikan cerita watak dengan betul,” sambung mereka. “Kami akan membalas sokongan penonton dengan episod akhir yang lebih mantap.”

Dua episod terakhir “Wonderful World” akan disiarkan pada 12 April jam 9:50 malam KST dan 13 April jam 9:40 malam KST.


5 Persoalan yang Perlu Dirungkaikan dalam di Episod Akhir Wonderful World

IMG 2102

Sejak ditayangkan pada 1 Mac lalu, drama Korea Wonderful World memang selalu menarik perhatian. Drama Korea bertemakan balas dendam ini menceritakan tentang Eun Soo Hyun (Kim Nam Joo) yang kehilangan anaknya dengan cara yang sangat tidak adil. Hidupnya menjadi semakin rumit apabila Kwon Seon Yul (Cha Eun Woo), anak kepada lelaki yang melanggar mati anaknya muncul dan membalas dendam kepadanya.

Makin panas dan mendebarkan, drama yang sudah ditayangkan sebanyak 12 episod ini hanya berbaki dua episod saja lagi. Banyak kebenaran yang telah terungkap dan membuatkan setiap watak perlu berfikir sedalamnya dalam mengambil setiap keputusan.

Baca lagi: Wonderful World Tampilkan Kim Nam Joo Selepas 6 Tahun Menyepi, Banyak Nasib Malang di Awal Episod
Baca juga: Wonderful World, 7 Kesan Amarah dan Dendam Kim Nam Joo

Di bawah ini akan dijelaskan lima persoalan yang perlu terjawab dan terungkai di episod akhir Wondeful World.

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler!

1. Adakah Kang Su Ho benar-benar berpihak pada Kim Joon?

Wonderful world

Kang Su Ho (Kim Kang Woo) adalah suami Eun Soo Hyun. Dia merupakan seorang pembaca berita di ABS, sebuah syarikat penyiaran ternama. Memegang jawatan yang tinggi, iaitu sebagai pengarah.

Di masa lalu, dia pernah hilang kerja kerana berusaha melawan Kim Joon (Park Hyuk Kwon), calon presiden yang dikenali sahat kontroversi. Semasa kedudukannya sudah tinggi, dia kembali meneruskan usahanya yang dulu gagal. Namun, tidak disangka ternyata Kim Joon mengetahui kebenaran bahawa dia pernah curang dengan Han Yu Ri (Lim Se Mi), adik angkat Eun Soo Hyun.

Di episod terbaru, kelihatan Kang Su Ho cuba mendekati Kim Joon. Dia bertukar haluan hingga menjadi penyokong lelaki tersebut. Adakah dia benar-benar menyokong Kim Joon atau hanya berpura-pura dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat yang cukup untuk menjatuhkan Kim Joon?

 

2. Mengapa ibu Kwon Seon Yul dicederakan oleh Kim Joon?

IMG 2101

Selepas ayahnya mati dibunuh Eun Soo Hyun, Kwon Seon Yul hanya tinggal bersama ibunya. Sayangnya, dia kembali bersedih kerana ibunya mengalami kemalangan hingga koma. Dia juga tidak sempat mengucapkan selamat tinggal semasa ibunya meninggal dunia.

Kwon Seon Yul pada mulanya tidak mempercayai Eun Soo Hyun yang menyatakan bahawa kemalangan ibunya bukan kemalangan biasa. Namun, akhirnya dia mengetahui bahawa ibunya sengaja dilanggar oleh orang suruhan Kim Joon. Dia tidak menyangka perkara tersebut kerana selama ini Kim Joon selalu menyokongnya.

Ibu Kwon Seon Yul ternyata mengetahui bahawa ada sebuah tablet milik Kang Gun Woo (Lee Joon), anak Eun Soo Hyun yang di dalamnya mengandungi bukti pembunuhan yang dilakukan oleh ayah Kwon Seon Yul.

Bagaimana ibu Kwon Seon Yul boleh mengetahui mengenai tablet tersebut hingga Kim Joon berusaha membunuhnya? Persoalan ini sepatutnya terungkai di pengakhiran drama.

 

3. Adakah Kim Joon mendapat balasan atas semua kejahatannya?

94c78e2e 2625 4720 b88d dc34526b5a25

Kim Joon merupakan penjahat utama dalam drama ini. Tidak cukup melanggar ibu Kwon Seon Yul, dia ternyata juga menjadi orang yang sebenarnya melanggar Kang Gun Woo. Dia meminta ayah Kwon Seon Yul menggantikan dirinya kerana dia tidak mahu namanya rosak di mata masyarakat. Dia waktu itu sedang bercita-cita mahu menjadi presiden dan menghalalkan segala cara untuk mencapai impiannya.

Kim Joon sudah menyebabkan ramai orang menderita. Dia telah menghancurkan lebih dari sebuah keluarga. Perkara itu belum termasuk dengan kejahatannya menyalahgunakan kuasa sewenang-wenang semasa memegang jawatan.

Di episod terakhir, sepatutnya dijelaskan adakah dia masih kebal terhadap undang-undang atau akhirnya mendapat balasan yang setimpal atas segala kejahatannya.

 

4. Bagaimanakah pengakhiran hubungan Eun Soo Hyun dengan Kwon Seon Yul, Kang Su Ho, dan Han Yu Ri?

IMG 2104

Eun Soo Hyun dan Kwon Seon Yul pada mulanya saling membenci kerana mereka sudah mengetahui status masing-masing. Namun, selepas melihat bahawa mereka sama-sama menderita dan disebabkan oleh orang yang sama, mereka memutuskan untuk bekerja sama. Di episod akhir nanti, sepatutnya akan dijelaskan apakah yang akan mereka lakukan untuk membalas perbuatan Kim Joon dan bagaimanakah hubungan mereka selepas melakukan balas dendam.

Di episod terakhir juga perlu dijelaskan bagaimanakah akhir hubungan antara Eun Soo Hyun dengan Kang Su Ho dan Han Yu Ri. Kedua-dua orang yang sangat disayangi Eun Soo Hyun itu ternyata pernah curang semasa Eun Soo Hyun masih di penjara.

Eun Soo Hyun menyatakan bahawa Kang Su Ho cukup menjadi ayah bagi anaknya sahaja, manakala Han Yu Ri tidak akan ditinggalkan kerana ibunya sudah menganggap wanita itu seperti anaknya sendiri. Masalah mereka masih belum selesai.

 

5. Apakah yang akan terjadi pada ibu Eun Soo Hyun selepas didapati mengalami gejala alzheimer?

488a68bb 7264 4934 b914 689bf1d98065

Di episod baru-baru ini, ibu Eun Soo Hyun tidak ingat fakta bahawa cucunya sudah meninggal dan anaknya pernah dicurangi. Kerana sibuk menguruskan kes anaknya, Eun Soo Hyun belum sempat mendengar khabar dari Han Yu Ri tentang keadaan ibunya itu.

Adakah ibu Eun Soo Hyun panjang umur dengan keadaan yang sudah mula mengganggu kesihatannya atau wanita tua itu bakal menutup usia.

Masalah yang dihadapi oleh setiap watak dalam Wonderful World makin kompleks. Semoga kelima-lima persoalan di atas bakal terungkai dan terjawab dengan baik supaya drama ini berakhir dengan ending yang tidak tergantung.

Nantikan ya!

Baca lagi: Wonderful World: 5 Watak Licik dan Talam Dua Muka
Baca juga: Cha Eun Woo Bawa Watak Lelaki Misteri Kurang Bercakap dalam Wonderful World, Lelaki yang Menyimpan Trauma