Home Disney+ Drama Wonderful World Melabuhkan Tirai, Penonton Puas Hati?

Drama Wonderful World Melabuhkan Tirai, Penonton Puas Hati?

0

Wonderful World baru sahaja melabuhkan tirai dan menamatkan kisahnya sebanyak 14 episod pada Sabtu, 13 April 2024. Drama Korea ini adalah tentang Kwon Seun Yul (Cha Eun Woo) yang berniat mahu balas dendam kepada Eun Soo Hyun (Kim Nam Joo) yang telah membunuh bapanya. Namun, seiring berjalannya waktu, takdir mendedahkan kebenaran tersembunyi kepada Kwon Seun Yul dan Eun Soo Hyun.

Dari menyimpan dendam antara satu sama lain, mereka memutuskan untuk saling bersimpati, memaafkan, dan bekerja sama. Eun Soo Hyun dan Kwon Seun Yul memilih jalan bahagia dengan saling berpegangan tangan membantu antara satu sama lain.

Berikut ini adalah perkara-perkara yang terjadi kepada sembilan watak penting dalam drama Wonderful World semasa ending.

 

Wonderful world
1. Kwon Seun Yul memutuskan untuk kembali meneruskan belajar bidang perubatan hingga tamat selepas berjaya memenjarakan Kim Joon

 

 

da483fd8 31bb 4bdc 809c 0b38c122d32e
2. Puas hati dengan keadilan yang diperjuangkan, Eun Soo Hyun kembali muncul berhadapan dengan orang ramai dengan senyuman manisnya sebagai penulis buku terlaris

 

 

09415fff b51e 4380 b377 88895ca6898e
3. Kang Soo Ho (Kim Kang Woo) berjaya memerangkap Kim Joon. Dia merupakan satu-satunya wartawan yang berani mengungkapkan perangai busuk ahli politik itu

 

 

4672344f 58a8 48f1 946a 7cfd66406ad0
4. Han Yu Ri (Im Se Mi) hidup bahagia selepas Eun Soo Hyun memaafkannya dan menerimanya kembali dengan tangan terbuka

 

 

d3763f8c c1b1 4a3e af12 b7c752a1340a
5. Yoon Hye Geum (Cha Soo Yeon) menepati janjinya untuk membantu Eun Soo Hyun dalam menguatkan kes dan mendapatkan hukuman setimpal bagi Kim Joon

 

 

12c58aa3 167a 4953 979b e8e9e725a9f4
6. Kekejamannya terdedah secara terperinci kepada orang ramai, perjuangan Kim Joon (Park Hyuk Kwon) untuk menjadi presiden berakhir di penjara

 

 

75024fef ee16 4013 8655 a9a28c693d82
7. Ibu kandung Eun Soo Hyun sementara waktu menetap jauh dari kota raya untuk menenangkan diri dari dia diagnosa demensia

 

 

94bd7da9 5903 4f89 8022 9c7dc886e256
8. Ibu mertua Eun Soo Hyun dengan senyum tulus memberikan sokongan kepadanya yang berjuang agar mendapat keadilan untuk cucunya

 

 

26ea729e 6b94 4ebf 8e4c a282d2f789b1

9. Kang Gun Woo (Lee Joon), anak tunggal Eun Soo Hyun berjaya mendapat keadilan terhadap pembunuh tersebut

Bukan semua watak dalam drama Korea Wonderful World mempunyai nasib akhir yang happy ending. Ada juga watak yang mendapat balasan setimpal dengan apa yang dilakukannya. Bagaimanakah dengan ending drama ini? Adakah anda berpuas hati?

Bagi anda yang belum menonton Wondeful World, boleh strim di Disney+ ya!

Baca lagi: Wonderful World: 5 Persoalan yang Perlu Dirungkaikan di Episod Akhir
Baca juga: Wonderful World: 5 Watak Licik dan Talam Dua Muka