Home News “Ya Allah Melambung Budak Belakang”-Akibat Langgar Lampu Merah Habis Org Tak Bersalah...

“Ya Allah Melambung Budak Belakang”-Akibat Langgar Lampu Merah Habis Org Tak Bersalah Jadi Mangsa

0

Banyak berita yang sering kita dengar di mana penunggang motosikal melanggar lampu isyarat merah. Bukan sahaja penunggang motosikal malah kenderaan yang berkereta juga turut melakukan perkara yang sama. Tindakan tersebut amatlah berbahaya.

Baru sahaja dua hari lepas tular sebuah video di twitter di mana rakaman dashcam sebuah kereta merakam aksi penunggang motosikal yang melanggar lampu isyarat merah dan telah mengakibatkan berlakunya kemalangan di sebuah jalan raya. Mangsa perlanggaran tersebut dikatakan membawa seorang budak sekolah dan situasi tersebut membuatkan netizen berasa marah terhadap orang yang melanggar lampu isyarat merah tersebut.

“Tak guna lahaii kan dia bawak budak skolah tau haish”

“Ya Allah… Melambung budak belakang. Semoga mangsa 2 orang tersebut selamat ya Allah.”

“dia fikir apa dalam kepala otak dia sebenarnya ? ke memang dia takkenal warna lampu isyarat ? kuning untuk pecut ? tak mati pun kalau kau berhenti, tunggu turn kau untuk 2-3 minit”

Lihat rakaman dashcam tersebut di twitter :

Lihat juga komen netizen :

@mrfirdausjailan : Tenang betul budak naik basikal tu. Aku yang tengok ni dah berderau darah nampak yang kena langgar tu melambung jatuh atas jalan terus kaku tak bergerak. Harap dia tak cedera teruk

@tolakrasuah : Tak faham betul la penunggang motor ni. Tak sedar dia tu timun

@apikipa_ : Hah bodoh. Lain kali mau ada langar2 terus masuk ke lubang neraka. Baru ada akai

@stay2pku : Dah tibamasanya setiap lampu isyarat ada palang yang ada hammer atau pun besi penumbuk sapa langgar lampu isyarat kena hempuk .

@sedeksegaraga : Aku harap yang melanggar tu kena badi sampai akhir hayat lah . Biar dia serik tak lamggar lampu lagi

@ismailyusofis : Penjara 10 tahun untuk langgar lampu merah. Tak pasal2 menyusahkan orang tahu lah nyawa kau ada 10.

@panzer19045 : .. tengok jer la manusia lain., tak peduli pun.. dah mcm biasa.. mcm geng amik duit yg bukan hak.. dah jadik biasa.. kena tangkap.. bersungguh nak minta lepas.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram