Jarang sekali melihat pemandu menggunakan kenderaan jenis manual memandangkan terdapat kenderaan jenis auto yang lebih mudah dikendalikan berbanding jenis manual ini.
Baru sahaja tular sebuah video di tiktok @kynahamidd di mana pemilik rakaman memandu kenderaan jenis manual dan dapat dilihat di mana dia sedang menghadapi situasi terdapat pemandu lain yang tersalah masuk jalan di Sunway Carnival Mall, Penang. Hal itu menyebabkan dia terpaksa menunggu pemandu kereta itu mengundurkan keretanya.
Nak naik parking one way, dia boleh turun weyyy, aku ni dengan bawak manual kereta banyak lagi kat belakang. Nervous tau dak, yang bawak manual ja faham
Crv tu kena reverse la, kami kena tunggu sampai dia naik balik. Pastu baru boleh jalan macam biasa
Pada ruangan kapsyen dia menulis hanya pemandu manual sahaja yang faham rasanya menunggu di bukit dengan membawa kereta manual. Di ruangan komen, ramai pemandu manual yang turut menyokong kenyataan pemilik rakaman tersebut.
“kalau manual mcm ni time turun tkpa lagi…time naik tu mengucap banyak kali”
“saya kalau pergi mall ceni sanggup parking luar mall sbb ngeri bawak manual naik bngunan tggi2”
“dia nk kona p mana tu, naik balik kaih lenguh kaki oii main dgn manual”
“Naya pak karim..mmng mantap la manual keadaan mcm nie ..kita yg tgk pun seram sejuk”
Baca juga : Selamba Suruh Pemandu Bas Berhenti Tengah Jalan, Lelaki Ini Pula Dikecam
Baca juga : Selamba โCop Parkingโ Dan Minta Pemandu Cari Yang Lain, Sekali Respon Wanita Ini Buat Netizen Puas Hati
Lihat rakaman di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@hzimhssan : Kena perati betul ii signboard exit kalau dak jenuh reverse tara tu
@Shikin Shomad : Auto pun gayat, xberani terus..sekali kena, kenapa jadi jem, lepas ni klu nak naik jgk, bt lambat2..harap depa faham..
@Farihah Mukhtar : Jenuh reverse dengan pusingan pening tu
@Aisya Abdull : Kesudahan ceeita nie mcm mne….spe yg turun spe yg naik
@Mother of Harraz : rasanya sunway carnival lah mall yg tak pening kepala
@๐๐บ๐ฒ๐ฎ๐ผ๐ฑ๐ฑ๐ฑ๐ฑ๐ฑ๐ฑ๐ฑ : paling x suka nak masuk sunwayyy..kita dahla manual , perhhhh nak naik ja mesti jantung nak keluaq sbb selalu jemm nak naik tu..serammmmm
@far : weh aku trauma kalau naik parking mcmni even sbgai penumpang
@ipan : memang takdak ruang , laluan dia kecik ja parking sunway ni , lagipun kalau tengok sepanjang dinding tu mmg berbekas banyak sbb kereta langgaq
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram