Home Kdrama/Kmovie Yang Ditunggu-tunggu, Bitter Sweet Hell, Drama Komedi Thriller Misteri Dah Keluar! Korang...

Yang Ditunggu-tunggu, Bitter Sweet Hell, Drama Komedi Thriller Misteri Dah Keluar! Korang Boleh Layan Di Viu

0

Drama Korea “Bitter Sweet Hell” adalah drama black comedy baru yang korang boleh start layan bermula 24 Mei 2024 ini di platform Viu.

Ditulis oleh Nam Ji Yeon dari So I Married the Anti-Fan dan diarahkan oleh Lee Dong Hyun dari She Knows Everything dan Doctor Lawyer. “Bitter Sweet Hell” turut dihiasi dengan ramai pelakon terkenal iaitu Kim Hee Sun, Lee Hye Young, Kim Nam Hee, Chansung 2PM, Jaechan DKZ, Shin So Yul, Jung Gun Joo, dan Ahn Gil Kang.

 

Sinopsis Bitter Sweet Hell

IMG 6470 scaled

Bitter Sweet Hell mengisahkan tentang Noh Young Won (Kim Hee Sun), pakar psikiatri paling top di Korea yang bekerjasama dengan ibu mertuanya iaitu penulis novel misteri Hong Sa Gang (Lee Hye Young) untuk melindungi keluarga mereka dari pemeras ugut yang tidak dikenali.

Baca juga: Rating Tinggi & Semakin Trending, Adakah Sun Jae dan Im Sol dalam Lovely Runner Bakal Berkahwin Seperti dalam Versi Web Novel?

Watak-watak dalam Bitter Sweet Hell

IMG 6469

Kim Hee Sun akan membawa watak sebagai Noh Young Won, kaunselor keluarga terbaik Korea yang terkenal dan disayangi ramai. Kehidupan Noh Young Won hampir sempurna, baik dari segi kerjaya mahupun keluarga.

Namun, sebuah insiden meragut segalanya. Noh Young Won mula bekerjasama dengan ibu mertuanya iaitu Hong Sa Gang untuk melindungi keluarganya. Watak Hong Sa Gang yang dibawa oleh Lee Hye Young adalah seorang penulis novel misteri.

Kim Nam Hee membawa watak sebagai sebagai suami Noh Young Won yang bernama Choi Jae Jin. Dia bekerja sebagai pakar bedah plastik yang terkenal. Choi Jae Jin adalah seorang lelaki yang sangat menyayangi isteri, ibu, dan anaknya.

Sementara itu, Chansung 2PM akan menjadi Noh Young Min, adik kepada Noh Young Won yang kurang matang dan keras kepala.

Jaechan DKZ membawa watak sebagai anak Noh Young Won dan Choi Jae Jin yang bernama Choi Do Hyun. Bukan hanya mempunyai wajah yang tampan, Choi Do Hyun juga anak yang bijak dan sopan santun.

Shin So Yul juga memeriahkan Bitter Sweet Hell sebagai watak yang bernama Oh Ji Eun. Dia merupakan pakar bedah plastik yang bekerja di hospital yang sama dengan Choi Jae Jin.

Jung Gun Joo akan mencipta ketegangan dalam drama ini melalui wataknya sebagai Moon Tae Oh. Dia merupakan guru matematik Choi Do Hyun yang kelihatan ceria dan polos tetapi sebenarnya menyimpan sisi misteri dalam dirinya.

Tidak ketinggalan pelakon senior Ahn Gil Kang yang akan membawa watak sebagai Park Kang Sung. Park Kang Sung adalah pemilik restoran yang bersedia melakukan apa-apa sahaja untuk Hong Sa Gang.

 

Mengapa anda perlu menonton Bitter Sweet Hell

Bitter sweet hell

Bitter Sweet Hell perlu dimasukkan ke dalam senarai tontonan anda kerana selain ceritanya yang tegang dengan sedikit elemen komedi, drama ini juga dibintangi oleh ramai pelakon-pelakon popular. Ini adalah drama baru Kim Hee Sun selepas Remarriage and Desires dan Tomorrow pada tahun 2022.

Adakah anda sudah teruja untuk menonton “Bitter Sweet Hell” ini nanti? Pastikan anda strim hanya di Viu ya!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Suka Kisah Bomoh Dan Exorcism Seperti Filem Box Office Exhuma? Tonton Dr. Cheon and The Lost Talisman Ini Di Viu
Baca juga: KMovie Box Office “Love Reset” Kini di Viu – Kisah Lucu Pasangan Amnesia Yang Akan Bercerai