Home Criminal “Yara” Filem Netflix 2021 Dari Kisah Benar, Gadis Yang Dibunuh Dengan Kejam

“Yara” Filem Netflix 2021 Dari Kisah Benar, Gadis Yang Dibunuh Dengan Kejam

0

YARA FILEM NETFLIX 2021, ANAK GADIS YANG DIBUNUH DENGAN KEJAM BERDASARKAN KISAH BENAR

“Yara” sebuah filem terbitan dari Netflix adalah berdasarkan KISAH BENAR tentang Yara Gambirasio yang berusia 13 tahun dari Brembate yang telah diculik, dirogol dan dibunuh pada 26 November 2010 di Sopra, Bergamo Itali. Gadis ini hilang tidak kembali ke pangkuan keluarganya dan 3 bulan kemudian, dia ditemui tidak bernyawa dan dalam keadaan yang cukup sadis di sebuah kawasan padang yang terbiar 10 kilometer dari rumahnya.

Filem Yara IMG 8413Filem ini juga mengfokuskan bagaimana pendakwa raya Letizia Ruggeri (lakonan Isabella Ragonese) menyiasat dari akar umbi dan menyelesaikan salah satu jenayah yang paling menggemparkan di Itali pada 2010-2016.

IMG 8414Dalam filem ini, penonton akan ditunjukkan babak-babak kritikal sepanjang siasatan dijalankan yang bermula dari November 2010 dan berakhir pada Julai 2016 yang akhirnya si pelaku Massimo Giuseppe Bossetti dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

IMG 8415 IMG 8416

Kes ini juga merupakan salah satu kes yang paling mengejutkan dan siasatan pembunuhan ini melibatkan proses yang paling kompleks yang pernah berlaku sejarah perundangan di Itali. Ia mengambil masa selama 6 tahun untuk menjejaki dan akhirnya si pelaku berjaya dibawa ke muka pengadilan.

Mari kita selusuri bagaimana kes ini bermula:


SEBELUM KEJADIAN:

Pada petang Jumaat 5.15, 26 November 2010, Yara Gambirasio memberitahu ibunya yang dia perlu ke Gym tempat dia berlatih untuk menyerahkan radio stereo kepada pelatih di gym nya kerana keesokan dia perlu membuat persediaan untuk pertunjukan gimnastik.
IMG 8417Jarak antara gym dan rumah gadis malang ini hanyalah 700 meter sahaja dan dia berjanji kepada ibunya yang dia akan kembali semula ke rumah selewat-lewatnya pada jam 6.45 petang.
IMG 8418
Namun selepas jam 6.45, kelibatnya masih tidak kelihatan lagi. Ibu Yara kemudian menghubungi Yara melalui cellphone Yara namun ia terus disambung ke “Voice mail”. Risau dengan keadaan anaknya, ibunya menghubungi kawan-kawan anaknya dan gym, namun semua tidak mengetahui keberadaan anaknya juga. Jurulatihnya hanya memaklumkan yang Yara telah pulang pada jam 6.30 petang.
IMG 8419
Menyedari Yara benar-benar telah menghilangkan diri, Ibu bapanya Maura Panarese dan Fulvio Gambirasio segera pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Kes ini kemudiannya dilaporkan ke pejabat pendakwa raya Letizia Ruggeri (lakonan Isabella Ragonese). Letizia merupakan seorang bekas pegawai polis yang sangat tegas dan cukup dikenali kerana terlibat dengan kes menentang Cosa Nostra di Sicil yang dikenali sebagai seorang pengganas Mafia Itali. Letizia juga mempunyai pengalaman sebagai seorang pendakwah raya hampir 15 tahun.
IMG 8420

Ketika kes ini dilaporkan kepada Letizia, dia tidak membuang masa lagi dan terus menghantar ahli-ahli pasukannya yang terdiri daripada pegawai polis dan tentera dari negerinya ke Brembate di Sopra untuk memulakan penyiasatan.

Hampir selama 3 bulan siasatan demi siasatan dijalankan, tiada satu bukti yang menunjukkan motif kehilangan Yara hinggalah suatu hari Letizia menerima satu panggilan daripada orang bawahannya yang mayat Yara telah ditemui di satu kawasan padang belukar terbiar.

IMG 8421

Ketika mayat Yara ditemui, keadaan fizikalnya menunjukkan terdapatnya kecederaan dan tanda-tanda keganasan seksual. Mereka juga menemui DNA asing pada mayat Yara dan ketika dibawa ke makmal forensik untuk disiasat, sampel DNA tersebut dilabel sebagai “Tidak Diketahui 1.” Setelah itu, Letizia menjalankan siasatan lebih mendalam lagi dan mengarahkan semua penduduk wanita Brembate di Sopra untuk menjalani ujian DNA yang mana ia juga merupakan satu tugas yang sangat sukar untuk mengumpulkan data DNA bagi memadankan ia dengan DNA yang dimiliki suspek kejadian.

Untuk mengetahui bagaimana kes ini akhirnya menemui jalan penyelesaiannya, anda perlulah tonton sendiri.

Difahamkan filem yang ditayangkan pada 2021 ketika itu menjadi antara filem yang paling banyak ditonton di Netflix seluruh dunia. Barisan pelakon yang melakon semula kejadian sebenar ini juga berjaya memberikan persembahan yang cukup sempurna dan dramatik.

Apa yang paling menarik di dalam filem ini adalah babak yang berlaku ketika perbicaraan dilakukan di mahkamah. Satu persatu bukti penyiasatan dibongkarkan sehingga tiada ruang untuk si peguam bela dan pelakunya mempertahan diri.

WAJIB MENJADI TONTONAN ANDA BAGI YANG MEMINATI FILEM PENYIASATAN PEMBUNUHAN BERKISARKAN KISAH BENAR.

TRAILER