Home Artis Korea Yeo Jin Goo Bawa Watak Villain, Pembawa Malapetaka dalam Filem Terbaru “Hijacking”

Yeo Jin Goo Bawa Watak Villain, Pembawa Malapetaka dalam Filem Terbaru “Hijacking”

0

Yeo Jin Goo membuat kemunculan semula ke skrin besar sebagai pelakon utama selepas kira-kira dua tahun. Kali terakhir dia membintangi filem Ditto pada 2022. Tahun lalu Yeo Jin Goo hanya muncul sebagai cameo dalam filem Ajoomma dan Noryang: Deadly Sea.

Terbaru, dia memulakan kemunculan semula lakonannya pada tahun 2024 dengan filem Hijacking. Pelakon kelahiran 1997 itu akan bersaing berlakon dengan Ha Jung Woo, Sung Dong Il, dan Chae Soo Bin.

Yeo jin goo

Filem Hijacking adalah berdasarkan peristiwa sebenar yang berlaku pada tahun 1971 tentang perjuangan orang di dalam pesawat yang dirampas semasa beroperasi di ruang udara Korea.

Berikut dibawah ini adalah tujuh fakta mengenai peranan Yeo Jin Goo dalam filem Hijacking.

 

Yeo jin goo

1. Watak yang dilakonkan oleh Yeo Jin Goo ialah Yong Dae yang berasal dari Sokcho, Gangwon-do. Dia hanya tinggal berdua dengan ibunya

 

 

IMG 0565

2. Yong Dae tidak mempunyai kehidupan yang indah. Dia mengalami diskriminasi dan penghinaan yang melampau daripada masyarakat kerana abangnya

 

 

IMG 0571

3. Abangnya ialah seorang pegawai berpangkat Jeneral dalam Tentera Korea Utara semasa Perang Korea. Yong Dae juga menjadi mangsa dan disalah tangkap kerana diskriminasi ini

 

 

IMG 0566

4. Selepas meninggalkan penjara, Yong Dae menaiki pesawat penumpang yang akan terbang dari Sokcho ke Gimpo pada musim sejuk 1971

 

 

IMG 0520 1

5. Namun, matlamat Yong Dae bukanlah Gimpo tetapi Korea Utara untuk bertemu abangnya. Oleh itu, Yong Dae merampas seluruh pesawat

 

 

IMG 0570

6. Tidak lama selepas pesawat berlepas, dia meletupkan bom buatan sendiri yang menyebabkan juruterbang, Gyu Sik (Sung Dong Il) kehilangan penglihatannya

 

 

IMG 0522

7. Yong Dae juga cuba mengambil alih kokpit untuk membawa pesawat ke Korea Utara. Bagaimanapun, dia dihalang oleh pembantu juruterbangnya, Tae In (Ha Jung Woo)

HIJACKING telah pun ditayang perdana di Korea Selatan pada 21 Jun 2024. Bagaimanapun, belum ada pengesahan mengenai tayangan global termasuk di Malaysia. Tunggu maklumat lanjut, okay!

IMG 0529

Baca lagi: Filem Thriller “Hijacking” Mengikuti Detik-Detik Cemas Rampasan Kapal Terbang, Berdasarkan Peristiwa Sebenar
Baca juga: 5 Drama Korea Ini Bawa Tema Sama Seperti Drama Popular Connection, Kisah Misteri Jenayah Menarik

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here