Yoo Jae-suk memberi ‘2 sen’ atau pendapatnya tentang perhubungan romantik di kalangan member-member Running Man.
Pada 28 November, rancangan hiburan ‘Running Man’ disiarkan oleh SBS dan episod kali ini berkonsepkan hari terakhir sebelum masuk abad milenium, 31 Disember 1999.
Dalam perjalanan untuk misi kedua pada hari tersebut, Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo (kini berambut pendek) memang mengundang siulan ‘Phewitt!’ sebab mereka duduk sama-sama di atas bas.
Dengan nada bergurau, Yoo Jae-suk pun membebel, “Aku kena ambil serius ni, aku bangkang dating di tempat kerja ni.”
Haha yang dengar pun menyampuk, “Tapi kau kahwin dengan Na Kyung-won (Orang TV juga).”
“Alah, kau tak payah cakaplah pasal keluarga yang tengah bahagia ni.” kata Yoo Jae-suk yang malu-malu. Satu bas pun gelak hahaha.
Sumber: [1]