Dipetik dari portal Soompi, Yoon Park telah mengumumkan rancangannya untuk mendirikan rumah tangga dengan pujaan hatinya Kim Soo Bin pada waktu musim luruh tahun ini.
Seterusnya agensi Yoon Park iaitu H & Entertainment juga telah mengesahkan kesahihan pengumuman berita perkahwinan tersebut. Pengumuman bahagia ini pastinya disambut dengan gembira oleh setiap peminat di seluruh dunia.
Berikut ini merupakan beberapa fakta menarik mengenai kedua-dua bakal mempelai Yoon Park dan Kim Soo Bin serta perancangan perkahwinan mereka. Jom sama-sama kita lihat:
1. Yoon Park adalah pelakon lelaki yang dilahirkan pada 18 November 1987, kini usianya sudah mencecah 36 tahun
2. Sedangkan bakal isterinya iaitu si cantik jelita Kim Soo Bin lahir pada tahun 1993 dan kini baru sahaja berusia 30 tahun, perbezaan usia sebanyak enam tahun dengan Yoon Park langsung tidak menjadi penghalang buat mereka berdua
3. Yoon Park telah membintangi banyak drama siri popular seperti Fanletter Please (2022), Forecasting Love And Weather (2021) dan juga Delightfully Deceitful (2023)
4. Manakala Kim Soo Bin adalah model dibawah naungan agensi YG KPLUS, iaitu anak syarikat kepada YG Entertainment
5. Mereka berdua tidak pernah dilihat bersama atau keluar berjanji temu, identiti bakal isteri Yoon Park ini baru sahaja terungkai selepas pegumuman dibuat
6. Melalui tulisan tangan di lama Instagram milik pelakon terkenal tersebut pada 3 Mei 2023, Yoon Park secara rasmi telah mengumumkan perkahwinannya yang akan berlangsung pada musim luruh tahun ini
7. Secara tepatnya majlis perkahwinan merpati dua sejoli Yoon Park dan Kim Soo Bin akan diadakan pada 2 September 2023
8. Yoon Park juga menulis bahawa selama ini Kim Soo Bin telah memberinya cinta, kepercayaan dan kebahagiaan
9. Pelakon ini meminta sokongan penuh daripada para peminat yang sentiasa bersamanya supaya turut sama-sama merasa kebahagiaan dan kegembiraan di atas perkahwinannya dan mohon doa supaya dia dapat membina keluarga yang bahagia
10. Sementara itu Agensi Yoon Park, H & Entertainment mengumumkan perkahwinan Yoon Park akan diadakan secara tertutup di Seoul
Demikian sahaja beberapa fakta mengenai Yoon Park dan Kim Soo Bin serta rancangan perkahwinan mereka. Kini laman Instagram Kim Soo Bin sendiri belum lagi dimuat naik tentang berita gembira ini. Mungkin sahaja si gadis sedang sibuk dengan urusan peribadinya. Kita doakan semoga majlis perkahwinan mereka berdua lancar, dan semoga berdua bahagia selalu!
Baca Lagi: 9 Watak Pembantu Yang Mencuri Perhatian Dalam “Dr Cha”
Baca Juga: 5 Kdrama Baharu Yang Akan Ditayangkan Jun 2023