Home Artis Korea Yoona Adalah Gadis Idaman 12 Artis Lelaki Ini

Yoona Adalah Gadis Idaman 12 Artis Lelaki Ini

0

Yoona SNSD dan Junho 2PM dikhabarkan kini sedang hangat bercinta!

Gosip mengejutkan ini membuatkan netizen dan peminat seluruh dunia heboh kerana kedua-duanya sering berinteraksi di masa lalu sewaktu menghadiri berbagai-bagai variety show. Sayangnya, agensi telah membantah khabar angin tersebut dengan menyatakan bahwa mereka hanya berkawan baik.

Sebelum ini, Junho juga pernah mengaku bahawa dia menyukai Yoona. di program Star Golden Bell Idol pada tahun 2009. Yoona yang mendengar pengakuannya kelihatan tersipu malu waktu itu.

Selain Junho, beberapa orang artis Korea lain juga pernah memilih Yoona sebagai jenis pasangan ideal buat mereka. Namun, Junho dianggap beruntung kerana dia memang rapat dengan Yoona sebagai kawan dan rakan sekerja.

Jom sama-sama kita lihat senarai artis lelaki Korea yang menyukai Idol kesayangan ramai ini:

25ad5c65 58fe 45a8 b4c2 25870797d71c1. Junho 2PM pernah menyatakan secara langsung bahawa dia menyukai Im Yoon-ah yang menurutnya seorang gadis yang pandai dan tahu cara untuk membuat suasana variety show menjadi lucu

fb56c1d1 16aa 4ac8 b236 0cb2b3ebac352. Lee Seung Gi konsisten menyebut Yoona sebagai gadis idealnya selama 3 tahun. Dia bahkan pernah menjalin hubungan cinta dengan Im Yoon-ah, tapi putus di tengah jalan kerana kesibukan masing-masing

92de7254 267c 4455 a907 6f76538b11503. Leeteuk Super Junior pernah mengakui bahawa Im Yoon-ah cukup sesuai dengan dengan jenis wanita ideal idamannya. Mereka juga dikenali turut berkawan rapat

4a8f7411 c32b 483e a8c0 edc63496c4f04. Sewaktu disuruh untuk memilih antara Bae Suzy dengan Im Yoon-ah sebagai artis yang sesuai dengan jenis wanita idealnya, Kyuhyun Super Junior terus memilih Im Yoon-ah

0191f70a 2edb 4e4a 8915 5a7a53d096eb5. G-Dragon BIGBANG memilih Yoon-ah sebagai gadis yang menepati cita rasanya. Dia juga pernah mengirim pesanan video di Strong Heart yang menyatakan bahawa dia menyukai Yoon-ah

1c3352f2 5d06 4464 9cab 635d61891c2e6. Nickhun 2PM pernah mengakui bahawa Yoon-ah merupakan idol yang sesuai dengan jenis gadis idamannya

aa6ccb7a acfe 42c6 9895 d472c5bb18347. Chansung 2PM dulu juga menyatakan dengan nada gurauan bahawa menurutnya Yoon-ah akan sesuai dan sempurna jika bersamanya

1aa97cde b234 4445 98f4 1bd8e556220f8. Dongwoon Highlight memilih Yoon-ah sebagai gadis idamannya, kerana dia terpesona sewaktu melihat Yoona begitu cantik tanpa riasan wajah pada pagi hari

5a712c28 8c77 4901 bde0 779c994f90cf9. Junhyung bekas anggota kumpulan Highlight juga pernah melihat rupa menawan Yoon-ah tanpa riasan dan solekan. Dia mengakui bahawa Yoon-ah cantik dan memilihnya sebagai gadis idaman

b3e40d4d e848 4f0b 8bcf 658ea7d6e4db10. Gongchan B1A4 sangat memuja Yoon-ah. Dia bahkan pernah hadir di acara yang diadakan SNSD sebagai peminat tegar kerana ingin melihat Yoon-ah

8d3c344a 0f9a 479a 870e e0cf3c2e7b8b 1

11. Johnny NCT menyukai Yoona sejak dia berpindah ke Korea Selatan, tepatnya pada tahun 2008. Yoona adalah artis Korea pertama yang membuatnya kagum

Yoona12. Seo In Guk mengagumi keperibadian Yoona yang baik dan santai, serta memilihnya sebagai gadis idaman. Mereka pernah digosipkan menjalin hubungan cinta, tapi kedua-duanya menyangkal khabar angin tersebut

Yoona memang terkenal sebagai seorang artis yang mempunyai sikap yang baik dan paras rupa yang menawan. Tidak hairanlah jika ramai yang menyukainya, termasuk Junho 2PM.

Baca lagi: Skandal Teruk Yang Melibatkan Lee Jung Jae, Hero Squid Game
Baca juga: 9 Drama Siri Survival Menarik, Wajib Tonton