Home Entertainment Yoona Girls Generation Naik Berat Badan Hanya Sebab Ini?!

Yoona Girls Generation Naik Berat Badan Hanya Sebab Ini?!

0

Yoona Girls’ Generation berkata dia telah menambahkan berat badannya semata-mata untuk drama bersiri yang akan datang.

Pada 6 September, temu bual untuk ‘Confidential Assignment 2: International’ telah berlangsung secara atas talian.

Girls' Generation's YoonA Is A Beauty YouTuber Struggling To Make 10 Cents  A Day In “Confidential Assignment 2” | Soompi

Semasa temu bual, YoonA ada menjawab soalan mengenai khabar angin yang mengatakan dia telah naik 10 kg.

Dia menjawab, “Saya tidak tahu dari mana khabar angin itu datang. Saya memang menambah berat badan untuk projek seterusnya tetapi ia bukanlah sampai 10kg.”

Confidential Assignment 2: International's stars Hyun Bin, YoonA and more  attend press conference; PHOTOS

YoonA menyambung, “Saya menambah berat badan untuk ‘King The Land’. Saya mahu menukar imej yang saya ada, jadi saya cuba menambah berat badan.

Saya cuba bersenam dengan kerap dan makan lebih banyak. Tetapi saya tidak pasti sama ada punca saya naik berat badan adalah kerana makan banyak ataupun kerana makan snek pada lewat malam. Tetapi, apa-apapun saya berjaya juga untuk menaikkan berat badan.“

Baca lagi: “Tidak Sesuai Untuk Tontonan Umum”, – Muzik Video ‘Pink Venom’ BLACKPINK Dinyah Keluar Daripada ‘Music Bank’

Baca lagi: Kisah Dara 2NE1 Yang Menyayat Hati

5 Fakta King the Land, Drakor Baru Junho 2PM dan YoonA SNSD

Sementara itu, ‘King The Land’ ialah drama komedi romantik JTBC akan datang yang dibintangi oleh YoonA dan Junho 2PM. Ia akan disiarkan pada tahun 2023.

Sumber: [1]