Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Your Honor Makin Mendebarkan, Tuan Hakim Gagal Pertahankan Anaknya?

Your Honor Makin Mendebarkan, Tuan Hakim Gagal Pertahankan Anaknya?

0

Sebagai seorang hakim yang baik dalam drama Korea Your Honor, Song Pan Ho (Son Hyun Joo) mempunyai prestasi yang cemerlang yang menjadikannya hakim paling dihormati di daerah Woowon dalam drama Korea Your Honor.

Dia dianggap sebagai hakim bijaksana kerana memberikan hukuman bukan hanya menggunakan bukti, namun juga menggunakan hati nurani dan selalu berpihak pada mangsa.

Namun, segalanya menjadi sia-sia akibat perbuatan anaknya, Song Ho Young (Kim Do Hoon) terlibat dalam kes langgar lari yang mengorbankan Kim Sang Hyeon (Shin Ye Chan), anak kepada ketua chaebol berpengaruh, Kim Gang Heon (Kim Myung Min).

Song Pan Ho pun terseret dalam pusaran kes tersebut kerana melakukan beberapa tindakan jenayah yang melanggar hukum undang-undang.

Perkara ini membawanya pada konflik moral terburuk sepanjang hidupnya yang selalu bersih dan terhormat. Berikut ini beberapa konflik moral yang membebani hati Song Pan Ho dalam drama Korea Your Honor.

 

Your honor

1. Song Pan Ho runsing dan rasa bersalah apabila dia sedar dengan kenyataan samaada dia sendiri perlu menyerahkan anaknya kepada pihak polis ataupun tidak

 

89f044b0 9f0b 4a7b 9539 b29961080891

2. Song Pan Ho bingung untuk mengambil tindakan setelah dia mengetahui bahawa yang dilanggar oleh anaknya adalah anak kepada Kim Gang Heon

 

06e03d4b 4818 4c3d a504 e8f8dc4abdb6

3. Hatinya bergejolak untuk menyusun pelbagai cara jahat guna menutup kejahatan yang dilakukan oleh Song Ho Young yang menyebabkan kematian Kim Sang Hyeon

 

cabf156f 87ae 47c2 8406 8f78a4573948 1

4. Song Pan Ho resah kerana salah satu cara menghapuskan bukti gagal kerana kereta yang sudah dicuri telah ditemui oleh pihak polis dan pencuri kereta itu melarikan diri

 

199d2480 3deb 4ded adc8 df6a41d8e038 1

5. Semasa mengetahui bahawa Lee Sang Taek (Ahn Byung Sik) menjadi buruan, Song Pan Ho semakin gelisah hingga tidak boleh tidur sepanjang malam

 

12c8663c 407b 4964 9862 b2c93c4ed310

6. Selepas menyedari bahawa akhirnya akan ada lebih banyak mangsa tidak bersalah dari tindakan dia menyembunyikan jenayah anaknya ini, Song Pan Ho mula menjadi kalut dan kelam kabut

 

IMG 9723

7. Song Pan ho semakin bingung apabila perkara yang dilakukannya menjadi huru hara dan menyeretnya ke jalan yang lebih dalam dan serius kerana dia menjadi seorang penjahat

 

fd068da6 561b 43f5 93e9 835792fb56d2

8. Kemelut hatinya semakin teruk apabila dia mendapati ada saksi lain yang melihat jenayah langgar lari yang dilakukan anaknya. Saksi itu mengancam dan memeras ugut Song Pan Ho

 

IMG 9731

9. Atas desakan dari Kim Gang Heon, Song Pan Ho akhirnya mengotorkan tangannya dan membunuh salah seorang saksi kejahatan anaknya. Dia menjadi pembunuh semasa hati nuraninya menolak keras tindakan tersebut

Semua perkara yang membebani hati Song Pan Ho dalam drama Korea Your Honor ini menunjukkan sisi rapuhnya hati seseorang sebagai seorang manusia biasa. Song Pan Ho kehilangan segalanya akibat keputusan yang salah semasa menghadapi kenyataan jenayah langgar lari yang melibatkan anaknya. Bahkan, hati nuraninya yang murni juga makin hilang dan Song Pan Ho berubah dari hakim bijaksana menjadi penjahat yang berbahaya.

Jangan lupa tonton episod Your Honor seterusnya nanti di Astro K-Plus!

Baca lagi: Anaknya Dibiarkan Mati dalam Your Honor: Apakah Tindakan Kim Gang Heon Demi Mencari Pembunuh Anaknya?
Baca juga: 3 Perkara Menarik Tentang Kdrama Baru “Your Honor”, Kisah Dilema Moral Antara Tugas dan Pertalian Darah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here