Hojusara, Youtuber terkenal daripada Australia yang aktif melakukan vlogging mengenai kehidupan nya di Korea, telah meninggal dunia setelah setahun menghidap penyakit leukimia.
Semenjak disahkan sakit pada Mei lalu, HojuSara atau nama sebenarnya Sara Holmes sentiasa mengemaskini mengenai keadaan semasa nya kepada peminat dan juga telah membicarakan mengenai penyakit itu secara terbuka kepada umum. Dia telah melakukan “live” broadcast untuk berkomunikasi dengan peminatnya pada Julai.
Walau bagaimanpun, pada 5 September, tunangnya yang juga warganegara Korea, Hyun, yang turut kelihatan dalam video vlogging milik mendiang, mengumumkan kematian nya kepada umum dalam sebuah video baharu.
Di dalam video itu, Hyun berkongsi sebuah klip audio daripada Sara kepada peminat, mesej nya adalah seperti berikut:
“Saya sayang awak semua. Jika awak dengar, saya sayang anda semua. Jika awak mendengar ini, saya memerhati anda dari sana. Anda sangat berharga buat saya. Jika sesuatu kelihatan sungguh cantik, itu adalah kerana saya. Awak harus ingat perkara ini, ya? Saya akan melukis kan sesuatu yang cantik buat anda semua di atas sana. Mari menikmati makanan bersama-sama. Menaiki basikal, tidak perlu bersedih. Memakai pakaian yang terang. Minum minuman yang sedap. Minum juga “bubble tea”. Jadi lah baik kepada orang lain, dan jaga diri semua.”
Sementara itu, HojuSara memulakan channel Youtube nya pada March 2014, dan sering memuatnaik tentang makanan Korea, kawasan di Seoul, dan pernah bekerjasama dengan beberapa “influencer” lain seperti Safiya Nygaard, OMEGA X, My Korean Husband dan juga pelakon kdrama bersiri Netflix, Busted 2.
Sumber: AllKpop
Baca artikel terdahulu: 5 Idola K-pop Yang Dibenci Atas Sebab Yang Tak Masuk Akal