Home Lifestyle YouTuber Ini Cerita Bahayanya Wanita Tinggal Sorang-sorang Di Korea Selatan

YouTuber Ini Cerita Bahayanya Wanita Tinggal Sorang-sorang Di Korea Selatan

0

Seorang YouTuber Korea Selatan yang dikenali sebagai Anastravel (Ana) berkongsi kisahnya tentang pangsapuri yang dia pernah duduk dulu.

eeeeee
Kredit: Anastravel

Pangsapuri satu bilik itu berhampiran universiti dan terletak di kawasan kejiranan yang selamat, lengkap dengan taman permainan kanak-kanak di hadapan bangunan tersebut.

Entah macam mana ada kanak-kanak dari kawasan di sekitar situ jumpa kata laluan atau password ke lobi utama dan sering naik ke bangunan untuk bermain di koridor. Pada mulanya Ana tidak peduli sangat.

doorlock04
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Movie Door Lock/Seongyong’s Private Place

Sehinggalah suatu hari, ada seseorang berlari-lari di koridor, tekan loceng di setiap pintu. Di tingkatnya duduk cuma ada empat buah rumah dan Ana ingat budak-budak yang nak bergurau je tu.

Tetapi interkom itu terus berdengung kerana bunyi loceng yang ditekan bertalu-talu di pintu. Dengan rasa jengkel, Ana tanyalah siapa di luar tu.

Walaupun berulang kali bertanya, tetap tiada jawapan.

Lantas dia nak cabut telefon interkom itu supaya ia senyap dan berhenti buat bising. Selepas itu, dia dapat dengar jelas apa yang berlaku di luar pintunya yang tiada peephole atau lubang kecil di pintu untuk tengok siapa.

Apabila Ana dengar seseorang cuba tekan kod laluan kunci digitalnya, dia dapat rasa ini bukan budak kecil.

Penceroboh itu dengan konfiden cuba buka kunci pintunya tetapi nasib baik Ana pasang kancing pintu jadi sempatlah dia bergegas telefon polis.

photo1022933
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Movie Door Lock/Hancinema

Apabila polis sampai, Ana diberitahu yang mereka turut menerima laporan daripada jirannya juga, seorang lagi wanita yang tinggal bersendirian.

Jirannya itu lagi scary sebab pintunya hanya lubang kunci, tiada kunci pintu digital dan kancing pintu seperti Ana. Dia guna sekuat tenaga pegang pintu untuk halang penceroboh masuk.

Untitled 1
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Movie Door Lock/Hancinema

Ana baru tersedar yang sebenarnya dah banyak laporan berita tentang kes lelaki letak kamera CCTV di koridor untuk mengintip kata laluan di merata pangsapuri tempat wanita tinggal.

Ana teka mungkin itulah cara bagaimana penceroboh itu dapat kata kuncinya. Tujuan tekan semua loceng interkom juga adalah untuk mengesahkan bahawa memang ada seorang wanita yang tinggal di apartmen itu dari suara mereka.

Penceroboh itu cabut lari selepas polis datang dan semua orang selamat. Tidak lama kemudian, Ana terus pindah keluar.