Salah seorang YouTuber Mukbang paling terkenal di dunia, Tzuyang, akhirnya mendedahkan berat badannya.
Para mukbangers ini selalunya makan makanan dengan kuantiti yang gila setiap kali mereka streaming. Sebagai Mukbanger dengan hampir 8 juta subscriber, ramai yang gembira melihat Tzuyang dengan pinggan makanan yang besar.
Pada episod Knowing Bros baru-baru ini, Tzuyang menjelaskan bahawa dia telah pergi untuk pemeriksaan hospital.
Mereka mengisytiharkan kesihatannya berada pada tahap yang baik dan tidak perlu dikhuatirkan! Ramai Mukbanger atau makan berlebihan menghadapi masalah perut membesar. Doktor memberitahu Tzuyang bahawa perutnya adalah sama dengan saiz manusia biasa.
Bukan itu sahaja, perutnya cukup kenyal dan dia juga boleh mencerna makanan dengan lebih cepat daripada yang lain. Bahagian yang paling mengejutkan? Tzuyang tidak bersenam langsung.
Malah, dia lebih berat sebelum menjadi Mukbanger. Tzuyang mendedahkan bahawa dia pada asalnya sekitar 50kg (110 ~ 121 lbs), tapi selepas dia mula menstrim dan menjadi mukbanger, beratnya turun kepada 40kg (88 ~ 108 lbs).
Para tetamu tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut mereka.
Baca lagi: Bekas Ahli IZ*ONE Lee Chae Yeon Kejutkan Peminat Dengan Wajah Baharu
Baca lagi: Red Balloon Episod Akhir Puas Hati atau Sakit Hati?
Nampaknya kebanyakan kesihatannya boleh dikreditkan kepada gen yang baik dan usia mudanya!
Sumber: [1]